Pages

Thursday, 13 December 2018

[Video Isa Samad didakwa esok] Hasrat rakyat dikhianati jika terus terima bekas pemimpin UMNO.

Khamis, 13 Disember 2018
Foto Otai BERSIH.
Dah nak KARAM mohon la pelampong selamatkan BADAN...
Otai BERSIH 
Foto Otai BERSIH.
Foto Otai BERSIH.
Otai BERSIH
Bekas Pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad hadir di SPRM Putrajaya dipercayai berkaitan kes pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).
*Jangan nak buat sakit pulak! Malu la skit pada kak  mah tu*
Foto Rahtimin Rahtimin.

Hasrat rakyat dikhianati jika terus terima bekas pemimpin UMNO

Tindakan menerima bekas pemimpin UMNO menyertai komponen Pakatan Harapan (PH) akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap komitmen gabungan parti pemerintah itu untuk melaksanakan agenda reformasi dan perubahan.
Menurut Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Ramkarpal Singh, tindakan itu juga membelakangi hasrat rakyat yang mengundi PH bagi menghantar UMNO-Barisan Nasional (BN) ke bangku pembangkang.
“Lagi PH layan pihak-pihak yang melompat ini, lagi bertambah kecewa rakyat terhadap PH.
“Perubahan tidak hanya bermaksud mendakwa bekas perdana menteri dan timbalannya dengan pelbagai tuduhan, namun apa yang lebih penting adalah menghapuskan dasar dan membanteras rasuah yang sejak sekian lama menular di bawah pentadbiran UMNO sedekad lalu.
“PH tidak memerlukan bekas wakil rakyat UMNO. Ia perlukan lebih ramai lelaki dan wanita yang berpegang kepada prinsip bagi meneruskan agenda murni reformasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas laporan media mengenai pemimpin UMNO keluar parti bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Semalam, media melaporkan hampir semua pemimpin UMNO Sabah bertindak keluar parti sementara hari ini, bekas Ketua Puteri Wanita UMNO, Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan menyertai Bersatu selepas hampir enam bulan menjadi wakil rakyat bebas.
Mengulas lanjut, Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata Dr Mahathir harus menangani rasa tidak puas hati rakyat terhadap tindakan PH menerima penyertaan bekas wakil rakyat UMNO.
“Untuk menerima mereka menyertai PH sekarang merupakan satu pengkhianatan terhadap rakyat yang mahukan perubahan sebenar.
“Saya tertanya-tanya jika PH ditakdirkan kalah pada pilihan raya seterusnya, adakah wakil rakyat kita akan melakukan perkara serupa dan dengan mudah melompat ke pihak lawan?” soalnya.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Ronnie Liu merujuk kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu yang mengelar pemimpin UMNO sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘sampah’ pada mesyuarat sebelum PRU14.
“Jika mereka sampah yang tidak berguna, saya sangat berharap yang anda tidak jadi pengutip sampah dan terima mereka masuk Bersatu,” kata Ronnie yang juga Adun Sungai Pelek seperti dilapor media. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment