Pages

Sunday, 2 December 2018

[Video Jangan main-main sama saya] PERGOLAKAN & Krisis MB Terengganu?

Ahad, 2 Disember 2018
Image may contain: 1 person, sitting
Tumpang sekole.
PERGOLAKAN DI TERENGGANU
Otai BERSIH
Foto Otai BERSIH.
CABARAN SEBAGAI MENTERI BESAR TERENGGANU.
Cabaran untuk Shamsuri sebagai Menteri Besar Trengganu dilihat penuh dengan liku onak dan duri dari luar dan dalaman. Percaturan meletakan beliau sebagai Menteri Besar pada peringkat awalnya adalah diatas perkiraan PAS dan Umno boleh membentuk Kerajaan Pusat bersama maka tumpuan meletakkan Hj Hadi sebagai calon Parlimen Marang dan tidak ADUN adalah kerana keyakinan penuh Umno kembali boleh berkuasa. Shamsuri sekadar ada bagi memenuhi nasib jika PAS boleh menang di Terengganu.

Takiri lebih melihat peluang untuk bergelar menteri lebih besar peluang berbanding sebagai Menteri Besar Terengganu. Bersebabkan perkiraan PAS sekadar pembangkang di Terengganu, membawa Shamsuri dari Besut sebagai calon DUN di Marang di lihat sebagai perkara biasa pada awalnya.

Setelah berakhir PRU 14, manusia yang paling rapat dengan Hj Hadi Hadi adalah Khalil ADUN Batu Buruk. Kedua adalah Dr Shamsuri yang sebelum ini merupakan setiausaha politik kepada Hj Hadi sebelum sekarang diambil alih oleh Mohd Shahir Che Sulaiman. Mengambil kira Hj Hadi selalu berbicara soal nepotisma dan kronisma, adalah tidak sesuai Khalil mengambil tempat sebagai Menteri Besar maka yang dilihat sebagai tangan kiri Hj Hadi adalah Shamsuri.

Pertentangan pendapat secara terbuka diantara Menteri Besar Terengganu dengan kepimpinan PAS bermula dari permintaan Mursyidul Am Pas yang meminta Kerajaan Terengganu menyalurkan bantuan kepada negeri-negeri yang PAS kalah dengan menggunakan wang dari hasil royalty minyak disatu ucapan umum secara terbuka di Kuala Terengganu.

https://www.facebook.com/anatahulah/videos/mursyidul-am-parti-ana-mengajar-kerajaan-negeri-kelantan-dan-terengganu-cara-men/304986670088112/

Memastikan dilihat sebagai seorang yang professional, Shamsuri telah mencalar dan memalukan maruah musrsyidul am PAS apabila telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka bahawa wang royalty sama sekali tidak akan digunakan untuk parti.

Beliau berkata:-

Jaminan di beri bahawa sebarang hasil negeri termasuk wang royalti minyak, hanya akan digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk kegunaan parti.

http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/royalti-minyak-untuk-rakyat-bukan-parti-1.881614

Dari peristiwa ini mula dilihat Shamsuri merupakan seorang yang luar dari golongan yang dikatakan sebagai ulama telah memperlihatkan penentangan secara terbuka keatas Mursyidul Am PAS. Kudis mula bernanah. Soksek-soksek dalaman mula kedengaran yang Shamsuri dilihat seperti Jebon yang pernah dihalau sebelum ini.

Pelbagai penentangan dan percanggahan kenyataan antara Shamsuri dengan pimpinan kanan PAS mula dilihat melarat apabila kunjungan hormat yang dijadualkan sebagai pertemuan Menteri Besar Terengganu dengan Perdana Menteri telah turut dihadiri oleh Hj Hadi dan Mustpha Ali.

Dalam keadaan begitu, pertemuan yang sepatutnya sebagai pertemuan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan kerajaan pusat telah bertukar kepada satu pertemuan biasa dan masing-masing mengharapkan satu sama lain untuk berbicara dengan Tun Dr Mahathir yang akhirnya berakhir dengan PERTEMUAN YANG GAGAL MENCAPAI MATLAMAT.

Melihat campur tangan dari parti akan menyulitkan keadaannya sebagai Menteri Besar, di fahamkan Shamsuri mula menampakkan pertentangan yang ketara bilamana berkenyataan berkaitan dengan kerajaan pusat berbanding dengan apa yang dipraktikan oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Beliau dilihat lebih waspada dan bernada lunak dengan kerajaan pusat dalam isu royalti berbanding Kelantan yang terus berkeras dan dilihat agak agah. Terengganu menerima apa yang dicadangkan oleh Kerajaan Pusat dalam isu MPKK dalam keadaan Kelantan menolaknya.

Dalam keadaan sebagai Menteri Besar Terengganu, kakitangan kerajaan negeri khasnya di pejabat pentadbiran Kerajaan negeri masih lagi dikuasai golongan yang telah biasa mengendalikan berbagai projek dengan kerajaan Umno terdahulu hasil lantikan Umno dikala mereka berkerajaan.

Shamsuri difahamkan telah didesak agar bertindak menukarkanya dengan orang-orang PAS. Desakan ini tidak diambil hirau oleh Shamsuri yang mengambil kira jika ini beliau laksanakan desakan tersebut maka orang-orang kuat dari pagar kuning akan bertindak keatasnya. Tersepit dengan keadaan menarik rambut dalam tepung, Shamsuri di dekati dengan penuh mesra oleh pimpinan Umno.

Golongan penyokong Takiri melihat keadaan kemasukan oran-orang luar PAS dari negeri lain yang dibawa masuk menjawat pelbagai kedudukan di GLC sebagai menidakkan peluang kepada pejuang PAS yang sedia ada di Terengganu. Golongan ini melihat Shamsuri cuba membina politiknya dengan dilinkungi oleh orang-orangnya.

Beberapa proposal dan planning yang dikemukakan oleh kumpulan Takiri telah tidak diambil endah oleh Shamsuri tetapi dalam masa yang sama tetap meneruskan saki baki kerja projek di Kenyir yang lebih dikenali sebagai baby kepada Mat Said.

Kontraktor yang sama dilihat meneruskan projek tersebut tanpa berlaku penukaran sebagaimana desakan puak-puak yang melihat sepatutnya peluang itu mereka yang punya!
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/pas-teruskan-projek-tasik-kenyir-1.852465

Difahamkan yang Shamsuri dilihat terlalu payah untuk menerima kumpulan Takiri yang diantaranya ADUN Batu Buruk. Keadaan ini telah menjadikan usaha-usaha mengantikan beliau sebagai menteri besar makin kencang dirancang sehingga di fahamkan kumpulan ini telah membawa pelbagai aduan dan alasan agar pengantian Shasuri sebagai Menteri Besar mesti berlaku.

Turut sama dijadikan alasan adalah Shamsuri telah memalukan Mursyirdul Am PAS.

Jika Shamsuri dibiarkan terus sebagai Menteri Besar Terengganu dan berkeras untuk tidak menggunakan wang royalti sebagai sumber membantu parti maka PAS yang dilihat berada didalam kritikal dengan berbagai beban hutang diperingat PAS Pusat dan masalah Harakah tidak akan dapat diselesaikan.

Menjurus kepada perlunya sumber kewangan maka komplot menjatuhkan beliau kini makin ligat berusaha sehingga kepada peringkat memerlukan campurtangan mursyidul am PAS.

Mungkin TULOH orang Besut tidak lama sebagai Menteri Besar akan kembali menghantui Shamsuri sebagaimana seketika dulu Derih Jusoh alaminya!

No comments:

Post a Comment