Pages

Thursday, 20 December 2018

[Video KERAJAAN PAHANG TUMBANG? Tidakkkk, kata Umno] Mamposss trus Umnok lepas ni & Bekas exco Kedah, 7 ketua bahagian tinggalkan Umno! Kit Siang: DAP keluar k'jaan jika objektif Malaysia Baru diabai.

Khamis, 20 Disember 2018
Bekas exco Kedah Mohd Rawi Abd Hamid (tengah, baju putih) bersama ahli Umno mengumumkan keluar parti.
Mampos trus Umnok lepas ni...
Otai BERSIH

Bekas exco Kedah, 7 ketua bahagian tinggalkan Umno

GEORGE TOWN: Seorang bekas exco Kedah dan sekumpulan ketua Umno bahagian hari ini mengumumkan mereka meninggalkan parti itu, memberi satu lagi tamparan kepada bekas parti pemerintah susulan penghijrahan keluar beberapa wakil rakyatnya sebelum ini.
Datuk Mohd Rawi Abd Hamid, yang tewas di kerusi DUN Ayer Hangat di Langkawi pada pilihan raya umum Mei lepas, disertai 7 ketua Umno bahagian.
Rawi hari ini menggambarkan Umno “kapal yang karam”.
“Ia seperti menjadi anak kapal di atas kapal berusia 60 tahun. Kami penjaga muatan kapal, iaitu rakyat, tetapi kapal sudah reput dan mula karam. Jadi, pada ketika ini, saya mesti lindungu muatan saya,” katanya pada sidang media di sebuah hotel di Alor Setar.
Dipercayai terdapat kira-kira 500 ahli parti di 7 bahagian.
Rawi berkata tiada gunanya ahli Umno terus bersama parti itu selepas kekalahan pada pilihan raya lalu.
Beliau mendakwa lebih ramai di Kedah yang mahu meninggalkan Umno.
Mutakhir ini, Umno menyaksikan pemergian wakil-wakil rakyatnya. Minggu lepas, 10 Ahli Parlimen keluar parti, menjadi tamparan kepada Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid sudah menyerahkan tugas-tugas presiden kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.
FMT.

Kit Siang: DAP keluar k'jaan jika objektif Malaysia Baru diabai

Pemimpin-pemimpin DAP, tidak kira yang berada dalam atau luar kerajaan, tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan jika objektif Malaysia Baru diketepikan, kata Lim Kit Siang.
Katanya, mereka tidak akan sesekali menjadi “lembik” seperti pemimpin MCA.
“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baru dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global,” katanya.
Veteran politik itu berkata demikian ketika berkata DAP tidak akan menjadi seperti MCA dalam kerajaan BN terdahulu.
Anggota parlimen Iskandar Puteri itu mengulas pandangan ahli perniagaan Clement Hii yang berkata Lim resah apabila orang ramai dikatakan melihat DAP seperti sebuah lagi MCA jika tidak berusaha melaksanakan agenda perubahan.
Beliau memberikan lima sebab utama kenapa kebimbangan itu tidak akan berlaku.
mk.

No comments:

Post a Comment