Pages

Thursday, 6 December 2018

[Video Keterangan Nafisah bantu siasatan laporan audit 1MDB 'dipinda'] KONVENSYEN NASIONAL 2018 Parti Amanah Negara & Mokhtar Senik dilarang ceramah di masjid Pokok Sena.

Jumaat, 7 Disember 2018
Foto Parti Amanah Negara.
KONVENSYEN NASIONAL 2018
Parti Amanah Negara 

14-16 Disember 2018
bersamaan
6-8 Rabiul Akhir 1440H
Casuarina Hotel @ Meru, Ipoh
“Menggalas Amanah, Membina Negara”

Mokhtar Senik dilarang ceramah di masjid Pokok Sena

Disifatkan sebagai seorang yang sering menimbulkan kontroversi, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mohktar Senik dihalang daripada menyampaikan ceramah di sebuah majlis dalam daerah Pokok Sena, Kedah.
Pegawai Agama Daerah Pokok Sena, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pihaknya mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pihak pengurusan Masjid Sungai Durian, Mukim Bandar Pokok Sena berhubung larangan tersebut.
Menurutnya, ceramah oleh Mokhtar dijadualkan berlangsung esok selepas solat Jumaat, namun pihak pengurusan tidak memohon kebenaran daripada Pejabat Agama Daerah Pokok Sena.
"Memandangkan wujud kontroversi terhadap penceramah tersebut yang berlegar di media sosial, program tersebut dilarang," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Terdahulu, notis larang tersebut tular di media sosial sejak semalam.
Syeikh Ahmad berkata, pihaknya juga kesal susulan pihak pengurusan tidak berbincangan dan memaklumkan terlebih dahulu mengenai program itu.
"Kita ada prosedur biasa, setiap program perlu buat permohonan dengan mengisi borang yang disediakan.
"Penceramah yang dijemput pula seorang yang didapati mempunyai kontroversi dan saya sebagai penjawat awam hanya menjalankan tugas sewajarnya, " jelasnya.
Tambah beliau, notis itu dibuat mengikut Kaedah Bagi Mengawal Perjumpaan Agama (masjid dan sekolah agama) 1981 Kedah Darul Aman.
Justeru katanya, Mokhtar yang juga anggota jawatankusa PAS Pusat dilarang dan ditegah daripada berceramah di masjid tersebut atau mana-mana masjid, surau dan sekolah agama di daerah Pokok Sena. 
Mk.

No comments:

Post a Comment