Laporan: Tabung haji didakwa palsukan buku akaun
Lembaga Tabung Haji didakwa memalsukan buku akaun untuk menunjukkan prestasi yang baik untuk mewajarkan pembayaran dividen 6.25 peratus yang diumumkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 sudah dibuat, lapor Singapura Straits Times.
Laporan itu memetik pegawai kanan yang berkata Tabung Haji "memalsukan akaun tahun lalu untuk menunjukkan bayaran dividen".
Dividen berjumlah RM2.7 bilion - dari keuntungan bersih RM2.8 bilion - dibayar tiga bulan sebelum PRU pada 9 Mei lalu.
Laporan itu juga menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sedang mempertimbangkan cara untuk menguruskan dana simpanan berkenaan.
Turut dinyatakan bahawa sebanyak RM4 bilion kurang daripada RM64 bilion yang dimasukkan pendeposit.
Dakwaan terbaru itu timbul ketika lembaga pengarah Tabung Haji membuat laporan polis terhadap bekas penerajunya dengan mendakwa RM22 juta telah disalahgunakan untuk tujuan politik.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama kebimbangan berhubung dana Tabung Haji timbul.
Pada 2016, pemimpin PKR Rafizi Ramli mendakwa Tabung Haji berdepan kekurangan aset RM3 bilion berbanding jumlah yang didepositkan.
Mk.
No comments:
Post a Comment