Dari 222 ahli parlimen, 160 bersamaan 63.1%adalah beragama islam dan selebihnya 82 bersamaan 36.9% bukan islam. Jadi celah mana dakwaan yg mengatakan ahli parlimen bukan islam lebih ramai?
'Menteri India' terlalu ramai: Pemuda Umno bidas Ibrahim Ali
Seorang pemimpin Pemuda Umno hari ini tampil membidas Presiden Perkasa Ibrahim Ali kerana menuntut supaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengurangkan jumlah menteri India dalam kabinetnya.
Menurut Naib Ketua Pemuda Umno, Shahril Hamdan meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy mencetuskan kegusaran di kalangan masyarakat Melayu berhubung kenyataannya mengenai rusuhan kuil minggu lalu, namun ini tidak seharusnya dieksploitasi sebagai isu perkauman atau dijadikan retorik kaum untuk meraih populariti.
"Walaupun Waythamoorthy 'merosakkan keadaan', namun ini bukan ada alasan untuk mendesak perdana menteri supaya mengurangkan jumlah menteri India. Itu jelas berbaur perkauman, dan saya menentang sepenuhnya.
"Jika ada sesiapa yang mahu Waythamoorthy meletak jawatan, ia sepatutnya kerana mereka berpendapat dia tidak layak jadi menteri perpaduan, bukan kerana dia adalah orang India. Dan pastinya kita tidak mahu saranan seperti kita tidak harus mempunyai 'begitu banyak orang India dalam kabinet," katanya kepada Malaysiakini.
Shahril berkata walaupun kenyataan Waythamoorthy boleh ditafsirkan sebagai mengapi-apikan, namun tidak ada keperluan untuk bertindak balas dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh menegangkan lagi keadaan.
"Saya fikir permintaan maaf awal Waythamoorthy mungkin boleh dibuat dengan lebih ikhlas. Tetapi, kenapa patut ada orang lain bertindak balas dengan cara sama?” soalnya.
Dalam ciapan di Twitter sebelum ini, Shahril mengulas laporan berita yang memetik Ibrahim menggambarkan Waythamoorthy sebagai "menteri celaka" dan meminta jumlah menteri India dikurangkan.
mk.
Hj hadi ulamak yang tak reti mengira? Ulamak tahap apa ni? Tu lah mungkin sebabnya Hadi cakap kononnya Terengganu masih tak dapat lagi duit royalti sedangkan MB Terengganu sendiri mengaku duit tu dah dapat. Tak reti mengira dan tak nak menegaskan kebenaran dengan menyembunyikan fakta? Mungkin sebab tu lah dia bukan lagi kepimpinan dalam kesatuan ulama sedunia? Mungkin dan munasabah! Hadi sekarang ni hanya bertaraf ulamak kampung je.
ReplyDeleteNick.
Cape Tiger.