Jahat ooi depa.Main gagau kot belakang
PAS sudah tiada apa pada Amanah
Ibarat patahnya arang, hari ini Naib Presiden Amanah, Dr Mujahid Yusof, menegaskan bahawa parti itu sudah tidak ada kena mengena lagi dengan PAS.
Justeru, katanya, tidak patut timbul sebarang perbandingan di antara kedua-dua parti yang mempunyai hala tuju perjuangan yang berbeza.
“Kita bukan bersaing dengan PAS. PAS (sudah) tidak ada apa pada kita hari ini.
"Kita ingin bersaing untuk membawa naratif baru Pakatan Harapan (PH),” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Konvensyen Nasional Parti Amanah 2018 di Hotel Casuarina, Ipoh.
Pendiriannya itu ditegaskan sekali lagi kepada pemberita selepas berakhirnya konvensyen hari ini.
“Apa yang kami lakukan sebagai parti Amanah, ialah kita melontarkan naratif baru, dan (setiap) persaingan mestilah yang membina naratif baru ini.
“Tapi kalau (hendak) bersaing untuk tentukan siapa lebih Islam, lebih Melayu, saya anggap itu bukan medan kami, dan (kami) tidak berhasrat untuk berlumba-lumba di atas perkara itu,” katanya kepada pemberita.
Konvensyen Amanah berlangsung selama tiga hari, melabuhkan tirai hari ini.
Tiga teras diterima
Amanah membahaskan pelbagai usul, antaranya menjadikan konsep rahmatan lil alamin yang menjadi dasar Amanah dapat diterapkan dalam semua bidang.
Mengulas hal itu, Mujahid yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri menjelaskan, agensi-agensi di bawah pentadbiran Islam menerima tiga teras yang dibawanya, termasuk prinsip rahmatan lil alamin.
Dua teras lain ialah maqasid syariah, dan juga modul Malaysia yang menekankan realiti di negara ini tidak sama dengan negara lain.
“Saya (menjadi menteri) pada Julai, jelaskan kepada pentadbiran Islam termasuk Jakim, dan pada 30 Sept, hasil usaha dan inisiatif ini semua agensi buat pemukiman dan mereka enerima tiga teras ini sebagai dasar baru pentadbiran Islam.
“Pada 2019 nanti, kita akan bawa tiga teras ini sebagai program strategik untuk memastikan hasil semua program yang dilakukan mesti mencapai tiga teras tersebut,” katanya dalam ucapan penggulungannya.
Malah, bagi menjunjung semangat rahmatan lil alamin, Mujahid memberi peringatan tegas buat semua ahli Amanah agar tidak sekali-kali mendiskriminasi anggota bukan beragama Islam dalam parti tersebut.
“Mereka adalah ahli Amanah, mereka ada hak untuk memberi pandangan. Jangan sekali-kali menganggap mereka sebagai golongan kelas kedua dalam parti ini.
“Saya bagi amaran - kalau ada mana-mana aduan yang menyisihkan mereka dengan menganggap mereka tidak ada hak kerana mereka bukan Islam, jaga-jaga kamu! Kamu tidak layak menjadi ahli parti Amanah,” katanya lagi.
mk.
No comments:
Post a Comment