Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunkan ribuan lembu, kerbau, kambing, ayam itik datang berpesta menjulang kemungkaran, kemunafikan dan kerakusan mereka yg bakal beradu di Sg Buloh tak lama lagi.
Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia selepas Merdeka orang Melayu sanggup menghabiskan masa, tenaga, berhimpun di ibukota untuk memperjuangkan nasib para penyamun, golongan munafik yang menipu bangsa Melayu, dan juga menipu Allah.
Jangan bandingkan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946. Itu perjuangan luhur menentang penjajah British dan membela raja-raja Melayu yang mahu dijadikan boneka British. Orang kampung, nelayan, pesawah, kaum butruh, lebai dan siak turun padang sanggup berjihad.
Ini perhimpunan sakral, diberkati Allah. Para pemimpin yang menerajui perhimpunan itu adalah pejuang-pejuang super tulen, ikhlas dan jujur, dan bukan dari kalangan perompak, lanun, lebai-lebai munafik dalam UMNO dan PAS sekarang.
Bayangkan bila ditemubual oleh wartawan matyeh-matyeh ini pun tidak tahu apa yg mereka perjuangkan. Bagi sedikit upah, nasi bungkus, T shirt dan kep Melayu jenis ini akan menjerit melolong sampai terkentut dan terberak memuja para koruptor dan penyamun yang melihat para kaldai dan baghal dengan senyuman meleret.
Inilah Melayu berstatus baghal dan kaldai yang boleh dijualbeli dengan harga murah. Mereka dikuasai emosi melulu, miskin ilmu, maruah tiada, hargadiri pupus. Mereka mudah dimanipulasi oleh pafra perompak, lanun, koruptor serta lebai-lebai munafik untuk berjuang bersama syaitan, iblis dan puaka-puaka politik yg lain.
Perjuangan kalian sia-sia saja, tidak diberkati Allah kerana kamu hanya menjadi alat para penyamun dan lebai-lebai munafik. Kamu lupa para penyamun dan lebai-lebai munafik inilah yg membangsatkan Melayu sekarang.
Jangan meroyan. Jangan menipu diri sendiri. Jangan jadi buah catur para penyamun dan lebai-lebai munafik yang tiada maruah, hargadiri dan kredibiliti itu. - Yahaya Ismail
No comments:
Post a Comment