Pages

Wednesday, 19 December 2018

[Video SPRM nafi dakwaan 'butakan mata' isu Tabung Haji] "Niat Enson Matakaji Semar Ngiseng!" PAS nak ke Putrajaya tak boleh guna lori Kassim Baba.

Khamis, 20 Disember 2018

Mentera Niat Enson Matakaji Semar Ngiseng

Lori Kasim Baba Dalam Sidang Dewan Hari Ini

Image result for Foto Lori Kasim baba
Sedap jugak komen dan jawapan Hanipa Maidin perihal bantuan kerajaan pusat dalam menangani banjir khususnya di negeri negeri pantai timur.

Anyway semua tu sekadar jenaka antara pihak kerajaan Pakatan Harapan dan pembangkang...kikiki

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin hari ini menggunakan ruang sesi soal jawab di Dewan Negara untuk menyindir perhimpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang diadakan di Kuala Lumpur 8 Dis lalu.

Hanipa sebelum itu menjawab soalan senator dari Terengganu yang bertanya berhubung persiapan kerajaan dalam isu banjir memandangkan Monsun Timur Laut bermula 27 Okt lalu.

Ketika memperincikan tentang kelengkapan kenderaan untuk membantu meminimumkan kesan banjir, Hanipa berkata pihaknya menyediakan lori "tapi tidak termasuk lori Kassim Baba yang digunakan pada perhimpunan Icerd".

Kassim Baba merupakan watak dalam filem Ali Baba Bujang Lapok yang dilakonkan S Shamsuddin.

Dalam satu babak filem itu, Kassim Baba membawa lori ke gua yang menyimpan harta rompakan yang ditunjukkan adiknya, Ali Baba.
Dalam hantaran di Facebook, Hanipa turut memuat naik gambar pemimpin PAS dan Umno yang sedang duduk di atas lori ketika perhimpunan bantah Icerd.

Sementara itu, berdasarkan hansard Dewan Negara, anggota parlimen Sepang it juga menjelaskan bahawa bagi Terengganu, kerajaan persekutuan telah meluluskan 31 projek fizikal di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang melibatkan RM283 juta.

"Semua agensi yang terlibat dengan pengurusan bencana telah pun bersiap-siaga untuk menghadapi banjir kali ini," katanya.

Memperincikan secara lanjut, antara lain, Hanipa berkata sebanyak 1,464 kenderaan pacuan empat roda, 15 aset udara, 425 ambulan, 859 lori, dan 1,138 bot polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah diaktifkan.

Selain itu, tambah Hanipa, kerajaan juga sudah bersiap sedia dari segi bantuan perubatan melalui Kementerian Kesihatan.
sumber...mKini 

PAS nak ke Putrajaya tak boleh guna lori Kassim Baba

Mengalu-alukan jangkaan PAS bahawa parti itu tidak lama lagi akan 'sampai' ke Putrajaya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin memberikan satu nasihat buat parti berkenaan.
Kata Hanipa secara berkias, sebenarnya untuk sampai ke Putrajaya PAS memerlukan kenderaan baru bagi mengelakkan sebarang masalah.
"Mudah-mudahan tercapai cita-cita.
"Nak ke Putrajaya, jika nak cepat sampai, kena cari lori baru. Jangan pakai lori Kassim Baba," kata Hanipa yang memang terkenal dengan kenyataan berbaur sindiran terhadap PAS.
Kenyataan dibuat anggota parlimen Sepang itu dibuat di media sosial pagi ini.
Semalam Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh berkata parti itu semakin hampir untuk memasuki Putrajaya - simbolik bagi langkah mereka menjadi kerajaan pusat.
Menyandarkan kenyataan itu dengan analogi skuad Liverpool, Nik Mohamad Abduh berkata semua parti - besar dan kecil - kini sudah pernah sampai ke Putrajaya.
Ke depan tidak
"PAS adalah (parti) selepas ini kerana tiada lagi parti yang menunggu (untuk ke Putrajaya). Selangkah lagi.
"Tunggu. Saya bersama anda menunggu," katanya. 
Untuk rekod Hanipa pernah menjadi salah seorang pemimpin kanan PAS sebelum beliau dan beberapa yang lain disingkirkan perwakilan pada 2015 kesan pertembungan aliran pemikiran dalam parti berkenaan.
Beliau bersama beberapa yang lain kemudian menubuhkan Amanah dan bergabung membentuk Pakatan Harapan (PH).
Pada PRU lalu PH berjaya menafikan mandat BN untuk kekal menjadi kerajaan, manakala PAS yang bergerak atas nama blok ketiga - dan merangka strategi menjadi king maker - gagal memberi kesan besar, kecuali di beberapa negeri.
Ungkapan "lori Kassim Baba" digunakan Hanipa itu merujuk kepada sindirannya kepada penganjur himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Dis lalu.
Pada himpunan tersebut yang banyak mendapat pembabitan PAS, penganjur menggunakan lori kecil untuk dijadikan pentas serta tempat duduk pemimpin utama parti terbabit serta Umno. 
Nama Kassim Baba pula merujuk kepada watak penjahat yang suka khianat kepada adiknya Ali Baba, dalam kisah rakyat yang terkenal.
Kata Hanipa pemilihan kenderaan yang tepat untuk ke Putrajaya sangat penting kerana ia akan memberi kesan kepada kejayaan perancangan yang dibuat.
Tetap berkias Hanipa berkata kalau PAS memilih kenderaan yang dinaiki bersama parti yang ditolak rakyat dari Putrajaya, rancangan itu tidak akan menjadi.
"Takut lori itu tak bergerak ke depan, tapi mengundur pulak," katanya.
mk.

No comments:

Post a Comment