Inna lillahi wainna ilai hirojiuun.. Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kembali menemui PenciptaNya jam 9.41 malam Isnin 17,2018. Arwah bakal berkahwin Ahad 23,2018 dengan Nurul Najihah bt Mohd Radzi Salam Takziah Untuk Keluarga dan tunang... Tiada cerita sebenar untuk kita dengar.. Tentang bagaimana beliau di belasah.. CARI PEMBUNUH ADIB SAMPAI KE LUBANG CACING!
TPM minta rakyat bertenang, jamin pembunuh Adib akan dihukum
Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa semua rakyat Malaysia bertenang dan memberi jaminan pihak yang bertanggungjawab atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim tidak akan terlepas daripada hukuman.
"Saya teramat hiba mendengar pemergian saudara Muhammad Adib. Beliau merupakan seorang wira. Takziah diucapkan buat keluarga termasuk tunang beliau, sahabat handai dan seluruh warga bomba.
"[..] Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan tidak bertindak mengikut emosi," katanya dalam kenyataan media malam ini.
mk.
Adib meninggal dunia
Anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia 9.41 malam tadi.
Perkara itu turut disahkan melalui kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan malam ini.
"Dukacita dimaklumkan Pegawai Bomba Muhammad Adib Kassim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada jam 9.41 malam.
"Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman," kata kenyataan media berkenaan.
mk.
Kematian Adib diklasifikasi kes bunuh
Polis mengklasifikasikan semula kes kecederaan anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai kes membunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab.
Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Kes itu sebelum ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Muhammad Adib, 24, merupakan salah seorang anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi rusuhan berhampiran Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 Nov lalu.
Bagaimanapun, dalam insiden itu, Muhammad Adib diserang perusuh menyebabkan beberapa tulang rangkanya patah selain mengalami kecederaan dalaman.
Beliau menerima rawatan lanjut di Institut jantung Negara (IJN) sejak 28 Nov lalu sehingga disahkan meninggal dunia 9.41 malam tadi.
mk.
No comments:
Post a Comment