Rusuhan kuil - Bomba pun kena belasah
Otai BERSIH
Tak kisahlah asalkan Demi keadilan utk arwah Adib dan familynya kita nk ia dibuat secara langsung dan mesti tulus dan bersih. Jgn nk menipu walau sedikit pun. Kami nk pembunuhnya dihukum what ever it takes..
Punca kematian Muhammad Adib hanya boleh didedahkan di mahkamah
KUALA LUMPUR: Siasatan pihak polis berhubung kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, menemukan dapatan tertentu yang hanya boleh didedahkan di mahkamah nanti.
Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata melalui rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat dilakukan pihak forensik patologi menemukan dapatan tertentu mengenai punca kematian Muhammad Adib yang hanya boleh didedahkan di mahkamah nanti.
“Saya sudah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perkembangan siasatan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib yang kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. katanya.
“Saya sudah berbincang dengan Peguam Negara mengenai perkembangan kes ini dan Peguam Negara sudah memaklumkan kepada saya bahawa beliau selaku Pendakwa Raya akan menjalankan kuasanya di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah.
“Peguam Negara akan mengarahkan Majistret untuk membuat siasatan (inkues) di bawah Bab XXXII Kanun yang sama bagi menentukan sebab kematian Allahyarham. Pihak Pendakwa Raya akan memohon kepada Mahkamah supaya ditetapkan tarikh pendengaran dengan segera dan akan membantu Majistret terbabit dalam menjalankan inkues berkenaan,” katanya.
BH Online.
No comments:
Post a Comment