Pages

Saturday, 19 January 2019

[Video AKU CINA CELUP (utk tontonan umum walaun)] Umno-Pas tidak berselindung lagi! Depa dok sebar fitnah yang TH akan dikawal DAP? 'DAP anti-Islam' - Pendirian kami tak berubah, kata pemuda PAS.

Ahad, 20 Januari 2019
Foto Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ].
Sekian lama iaitu 10 tahun menafikan mempunyai hubungan sulit. Kini tidak berselindung...

Kesian ahli2 Pas yang dahulunya menentang Umno sehingga solat imam asing2, kenduri kahwin Umno tak pergi dan sebagainya kerana percaya amanat Presiden Pas. Kini UMNO telah disucikan oleh beliau.

Makin senang PH nak hadap puak ni PRU15 nanti. Kah kah kah kah!
 
 Depa dok sebar fitnah yang Tabung Haji akan dikawal DAP?
Foto Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ].
Walaun PAS ingat Tabung Haji ni sama macam Tabung Memali..

Belum apa apa depa dok sebar fitnah yang Tabung Haji akan dikawal DAP.. kalau hat sebar benda Jahat ni Walaun hat jual keropok lekor di Seberang Takir.. hat jual dasi dagang kat besut .. atau nelayan di Marang, takpe la jugak..Tapi taraf ada PHD dan Profesor..

Betul lah Hadis sebut tentang Kelompok Ruwaibidhah.. Safih(Bodoh) ni.. Orang yg Bodoh yg nak bicarakan urusan dunia(masyarakat)..

Tak habis habis nak Main sentimen perkauman.. Semua benda nak salahkan DAP walhal takda kena mengena, hat merompak buat kerja Jahat tu rakan tawwun hat depa julang dalam himpunan ICERD..

Apa kena mengena Bank Negara dengan Menteri Kewangan ? Mcm depa dok ingat Pegawai Kewangan Negeri sama dengan Pengarah Jabatan Audit Negara..

Yang Jadi Gabenor Bank Negara tu nama dia, Datuk Nor Shamsiah, Kalau duit Malaysia pun pakai sign dia, bukan Lim Guan Eng.. Dulu kerja bawah Tan Sri Zeti , Sapa Tan Sri Zeti tu ? Tan Sri Zeti tun anak Prof Ungku Aziz.

Prof Ungku Aziz ni adalah arkitek dan orang yang mecetuskan Idea penubuhan Tabung Haji..Tabung haji ni bukan idea orang berlebai dan beserban mcm Haji Hadi atau Mokhtar Senik....

Lepas tu ada walaun PAS ajak keluar duit Tabung Haji simpan dalam Bank Islam.. lahh Bodohnya depa ni, Bank Islam tu pun institusi dia dikawal selia Bank Negara la... Semua Bank di Malaysia, Institusi kewangan dan Pelaburan.. dikawal selia Bank Negara..tu memang tugas dia.. Macam peranan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia..

Bank Negara cuma kawal selia aliran kewangan dan pelaburan, depa takda kuasa untuk tentukan jenis pelaburan,Pengurusan, dan apa pun keputusan Pengurusan.. apa lagi hal ehwal Haji..

Sama dengan Duit Masjid, atau duit korang yg simpan di Bank, berapa yg depa simpan dengan Bank..Bank takkan masuk campur duit tu korang nak buat apa,nak keluar berapa pun, depa tak ambil peduli.. Bila ada transaksi besar, meragukan baru depa akan call dan hubungi Masjid ,call kamu minta penjelasan....

bezanya peranan Tabung Haji ni sama dengan Bank depa boleh mengumpul dan deposit wang.. Selama ni pun Bank Negara dah kawal selia dan beri amaran tentang prestasi kewangan Tabung Haji.. cuma depa takda kuasa untuk masuk campur..

Yang patut lebai risau, adalah kewangan Negeri kelantan..Hatta Prestasi kewangan negeri, keperluan kewangan Negeri Kelantan tu pun dikawal Lim Guan Eng.. Bila tak cukup duit nak bayar gaji..kena call dan minta tollong Lim Guan Eng.. Bukan ker kewangan Negeri Kelantan pun bawah DAP? Takda ker rasa malu.. ?

Kalau rasa taknak dikawal oleh Bank Negara, aku pun galakkan semua orang PAS keluarkan duit tu.. Kalau nak letak dalam Bank Islam, Bank Islam pun bawah kawalan Bank Negara.. lebih baik simpan dalam Tabung Memali atau Kohilal, Dah tentu melingkup.. Tabung Memali dan Kohilal takda sapa kawal, yang kawal cuma Hj Hadi dan lebai PAS...ikut suka dia nak buat apa..

Tu sebab aku kata.. Kelompok ini adalah gambaran kelompok Ruwaibidhah yang dikhabarkan Nabi.. Kelompok Bodoh bicara urusan Manusia, dan juga kelompok Khawarij..kerja depa mengkafirkan mempertikaikan Aqidah muslim lain.. Kata Nabi, Kalau kita perangi kelompok perosak agama ini..Kita dapat Pahala.. 

'DAP anti-Islam' - Pendirian kami tak berubah, kata pemuda PAS

Pemuda PAS mencabar Pemuda DAP untuk membuat pengisytiharan terbuka bahawa parti itu menghormati "tanpa berbelah bahagi" kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera serta Raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Ia susulan laporan polis yang dibuat Ketua Pemuda DAP Howard Lee terhadap Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi selepas Khalil menuduh parti itu mahu menggugurkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.
Menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan "kehabisan modal untuk melawan fakta", Timbalan Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin berkata Lee cuba menyekat Khalil dengan dakwaan fitnah dan melalui undang-undang.
"Kami juga mencabar DAP secara terbuka mengisytiharkan dengan berani telah melucutkan idea 'Malaysian Malaysia' daripada agenda perjuangannya.
"Selama ini berpaksikan tuntutan kesamarataan itulah DAP cuba membuang atau melucutkan asas dan tonggak penting dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk Islam sebagai agama persekutuan. Hinggakan perjuangan itu dibawa bersama rakan Pakatan Harapan (PH) lainnya untuk meratifikasi Icerd," katanya dalam kenyataan.
Howard membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlads semalam berhubung kenyataan Khalil dalam ceramahnya ketika kempen PRK Cameron Highlands di Jelai.
Beliau menyifatkan tuduhan Khalil sebagai sangat serius dan melanggar Seksyen 499 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan menggesa ia disiasat secara mendalam.
Khairil berkata Pemuda PAS tidak naif dan kekal berpendirian DAP memang anti-Islam dan tidak sering membantah serta memperlekeh hal ehwal Islam.
mk.

No comments:

Post a Comment