Pages

Saturday, 12 January 2019

[Video Bekas PM mengeluh terpaksa buat majlis 'bawah tanah'] 'Harga Petrol' Kau orang kena cukai 30 sen pun macam nak runtuh Malaysia ni...Syed Saddiq mahu pandu sendiri ke Cameron Highlands.

Ahad, 13 Januari 2019

Foto Kami Viral.
Kenapa walaupun harga petrol di malaysia sudah mengikut harga pasaran, tapi harganya kedua termurah di rantau asia tenggara ?

Sebabnya di negara lain petrol dikenakan cukai sehingga 200% macam singapore.

Kau orang kena cukai 30 sen pun macam nak runtuh malaysia ni kata kerajaan rompak duit rakyat.

Entah bila lah rakyat malaysia nak berpegang kepada moto "Jangan tanya apa sumbangan negara kepada kita, tanya pada diri apa sumbangan kita pada negara. - John F. Kennedy".

Syed Saddiq mahu pandu sendiri ke Cameron Highlands

Di tengah-tengah dakwaan penggunaan sumber kerajaan oleh Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan memandu sendiri ke Cameron Highlands untuk menyertai kempen, dan hanya atas kapasiti sebagai ketua pemuda Bersatu.
"Apa yang paling mustahak kita ikut piawaian yang telah ditetapkan.
"Esok saya juga akan ke Cameron Highlands, tetapi atas kapasiti saya (sebagai ketua pemuda Bersatu).
"Saya akan memandu sendiri (ke sana), semua pun buat sendiri," katanya ketika sidang media selepas sambutan Hari OKU di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau yang juga menteri belia dan sukan itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini merupakan badan "bertaring" bawah pengerusinya Azhar Harun.
"SPR ada taring baru, Azhar Harun. Saya hormati dan takutkannya. Jadi kalau amaran sudah diberikan, kita kena terima," katanya lagi.
Beliau diminta mengulas dakwaan penyalahgunaan jentera kerajaan oleh PH dalam kempen PRK Cameron Highlands yang sedang berlangsung.
Antara yang membangkitkan perkara itu ialah Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, yang mempersoalkan waktu lawatan beberapa menteri ke sana sebelum kempen rasmi bermula.
"Satu lagi lawatan 'berjadual' oleh menteri atau timbalan menteri ke Cameron Highlands.
"Tiada kaitan dengan PRK," ciapnya di Twitter Jumaat lalu, sambil mengongsikan pautan laporan berkenaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) Cameron Highlands.
mk.

No comments:

Post a Comment