Hadi 'ada hati' juga nak jadi PM?
Selama ini orang Melayu menerima argument Pas kenapa mereka menolak dan membenci DAP kerana parti itu kononnya anti Islam.
Kenyataan-kenyataan pemimpin Pas menuduh DAP menganggu urusan agama Islam, sebagai api membakar kemarahan orang Pas. Walhal kalau ikut logik tuduhan itu diada-adakan dan tidak munasabah, ia juga seolah-olah melupai yang perlembagaan negara mengawal kedudukan dan keistimewaan agama Islam.
Betapa pun DAP ingin memusnahkan Islam (?) atau anti Islam, mereka tertakluk kepada sekatan dan larangan undang-undang. Hujah dan tuduhan itu ditolak oleh mereka yang memahami kuasa yang ada dalam perlembagaan.
Tetapi bagi yang tidak reti atau sengaja buat-buat tidak reti tentang bidang kuasa perlembagaan menerima hujah Pas itu secara bulat-bulat. Mereka pun turut bersubahat dengan Pas membenci DAP.
Maka bagi kita yang cerdik tercari-cari kenapa sebab Pas marah kepada DAP. Sebelum ini dapat berkerabat dan berpelukan dengan DAP, tiba-tiba dilihat DAP sebagai anjing dan babi oleh Pas.
Pendedahan dibuat Kit Siang bahawa parti itu pernah mengeceknya agar menerima Hadi Awang jadi PM, membuka maklumat baru kepada umum. Bahawa kenapa Pas marah kepada DAP ialah kerana Kit Siang enggan terima Hadi sebagai PM.
Kata Kit Siang, Pas cerdik ia tidak langsung menunjuk Hadi sebagai PM, tetapi menunjukkan Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai ganti Anwar. Saya ingin mengesahkan apa didedahkan Kit Siang itu benar. Bahawa dalam PRU ke 13 Pas mahukan Tengku Razaleigh jadi PM bukannya Anwar. Kenapa?
Ertinya kemarahan Pas kepada DAP kerana parti Cina itu tidak mahu menerima Hadi dicalonkan sebagai PM. Oh rupa-rupa Abdul Hadi pelahap juga untuk jadi PM? - MSO
Tumpang sekole.
Usah mudah terlajak lidah melabel ‘musuh Islam’
Susulan lantikan YB Sheikh Omar sebagai salah seorang dari 12 ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), warga maya dikalutkan seolah-olah urusan dakwah telah diserahkan kepada pihak Parti Tindakan Demokratik (DAP), ini hanya kerana YB Sheikh salah seorang dari anggota ‘Melayu’ DAP.
Tak cukup dengan ‘suuzzan – buruk sangka’ yang melampau terhadap Kerajaan PH seperti yang dizahirkan oleh Dato’ Takiyuddin (SUA Pas), ramai dari kalangan warga maya – termasuk dari kalangan pimpinan parti politik dan golongan agamawan – telah ‘terlajak lidah’ dengan melebelkan YB Sheikh dan YB Dr Mujahid sebagai ‘musuh Islam’ atau ‘musuh Allah’, demikian mudahnya !
Dalam pengunaan istilah ‘musuh Islam’ dan ‘musuh Allah’ mengikut kefahaman Islam yang murni, selalunya dirujuk kepada Iblis dan para musyrikin yang memusuhi agama – prinsip dan pelaksanaan – . Adapun hatta terhadap golongan munafikin – yang bertindak dengan dua wajah – pun tidak diisytiharkan sebagai MUSUH.
Apakah para warga maya – termasuk agamawan dan pemimpin – ingin menyatakan bahawa YB Dr Mujahid dan YB Sheikh adalah Iblis atau mereka ingin me’musyrik’kan kedua-dua tokoh tersebut? Jangan mudah sangat dan jangan ringan lidah sangat!
Sementara mereka semudahnya mengunakan ungkapan ‘musuh’, apakah selayaknya kita juga mengunakan balik hujah tersebut?
Sesekali TIDAK!, kita bahkan tidak menganggap pun mereka itu musuh kita, apalagi musuh Islam, kerana kita hanya sedang ‘berlawan’ hujah dan pendirian untuk berbakti kepada negara tercinta ini.
‘Tidak bahaya ka pemikiran ini?’, ‘amat bahaya, namun cara menanganinya adalah melalui ‘perlawanan’ hujah, bukan dengan emosi’, kerana kita ingin melahirkan generasi yang waras dan melakukan pertimbangan berdasarkan ilmu.
Ayuh, hentikan pemikiran ‘melampau’ ini.
* Penulis ialah Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/usah-terlajak-lidah-menghukum-musuh-islam/
No comments:
Post a Comment