Pages

Monday, 28 January 2019

[Video Hati-Hati Tun M] Pulau terbesar negara terpinggir tiada bomba & Apa kata menteri? Tak layak, tubuhkan pasukan bomba sukarela sendirik! Pulau Banggi takkan dapat balai bomba..eh eh 'sombongnya' dengan rakyat!

Selasa, 29 Januari 2019

Pulau Banggi takkan dapat balai bomba

Biarpun mengalami kebakaran sehingga menyebabkan lebih 300 penduduknya hilang tempat tinggal baru-baru ini, Pulau Banggi - pulau terbesar di Malaysia - tidak akan mendapat balai bombanya sendiri buat masa ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata selepas dibuat pertimbangan, pulau tersebut tidak mempunyai kelayakan untuk pembinaan sebuah balai bomba.
“Dalam kes Pulau Banggi, memang tak ada kelayakan.
Malaysiakini.

Menteri digesa pertimbang bina balai bomba di pulau terbesar negara

Amanah Sabah menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin mempertimbangkan pembinaan balai bomba di pulau terbesar negara, Pulau Banggi di Kudat, Sabah.
Malah, kata penyelarasnya, Khairuddin Daud, cadangan berkenaan sudah dibangkitkan pihak bomba sejak dua tahun lalu.
"Maka, adalah wajar, berdasarkan kepakaran anggota bomba dalam menilai keperluan membina balai bomba dan fasiliti lain, menteri membuat pertimbangan sewajarnya untuk membina balai bomba di Pulau Banggi.
"Tambahan pula, kali terakhir balai bomba siap dibina di daerah Kudat adalah pada tahun 1973, iaitu kategori C. Justeru adalah wajar bilangan balai bomba dan anggota bomba ini ditambah," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zuraida semalam bahawa kerajaan tidak bercadang membina balai bomba di pulau dengan populasi 22,000 orang itu kerana ia "tidak mempunyai kelayakan".
Sebaliknya, Zuraida berkata kerajaan menggalakkan penduduk setempat menubuhkan pasukan bomba sukarela sendiri yang akan diberikan latihan serta peralatan asas bagi menjalankan tugas.
Balai bomba kelas rendah
Isu ketiadaan balai bomba di pulau itu dibangkitkan semula selepas kejadian kebakaran 13 Jan lalu yang memusnahkan 81 buah rumah dan dua kuarters guru yang menyebabkan 300 orang penduduk hilang tempat tinggal.
Mengulas insiden kebakaran itu, Khairuddin berkata, ketika kejadian itu, anggota bomba dari tanah besar Kudat terpaksa dikerahkan ke Pulau Banggi menggunakan bot yang mengambil masa kira-kira sejam perjalanan untuk memadam kebakaran.
"Kemudahan bomba sukarelawan seperti jentera bomba dapat dilihat jelas tidak dapat digunakan sewaktu kebakaran berlaku pada 13 Januari 2019.
"[..] Lebih melukakan, kemudahan mencegah kebakaran seperti pemadam api, ‘emergency button’, ‘hose reel’, pengesan asap dan sebagainya, yang terdapat di Klinik Kesihatan Pulau Banggi rosak dan gagal berfungsi
"Sekiranya kebakaran berlaku di satu-satunya klinik di Pulau Banggi, adakah perlu menunggu bomba daripada tanah besar Kudat datang untuk memadam kebakaran?" katanya.
Khairuddin bagaimanapun mengalu-alukan cadangan Timbalan Menteri KPKT, Raja Kamarul Bahrin Shah agar setidaknya balai bomba kelas rendah dibina di pulau itu.
"Pengumuman Timbalan Menteri KPKT, Raja Kamarul Bahrin Shah lebih melegakan apabila mencadangkan untuk membina balai bomba kategori E susulan insiden kebakaran ini.
"Gesaan yang sama juga sudah dibuat oleh Adun Banggi Mohammad Mohamarin, merangkap pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Negeri Sabah, sejurus selepas insiden kebakaran ini berlaku," katanya.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment