Haram undi non muslim masa mengundi-Ustaz Hadi Awang.
Benar kata ATGNA bila kita menang kerja dakwah jadi lagi mudah. Bila menang dengan sebatang pen kita boleh buat kerja Islam. Bertanding pilihan raya tak mahu menang itu satu kebodohan.
Pakatan Harapan Supporters
Nik Omar mahu Yadim sebagai wadah keharmonian kaum
ANAK Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aiz, Nik Omar Nik Abdul Aziz diberi amanah menerajui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), beliau memulakan tugasnya bersama Timbalannya, Zolkarnain Abidin di Yadim pada 20 Disember baru-baru ini.
Pelantikan Nik Omar adalah berdasarkan Klausa 7(a) Perlembagaan Yadim yang menyatakan bahawa semua pelantikan Yang Dipertua Yadim dan Timbalan Yang Dipertua Yadim adalah di bawah keputusan Perdana Menteri.
Beliau dilantik bagi menggantikan Dr Yusri Mohamad yang menamatkan perkhidmatannya pada 31 Oktober. Dengan pelantikan itu, Nik Omar kini menjadi Yang Dipertua Yadim ke-13 sejak penubuhan badan dakwah ini pada 1974.
Yadim adalah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab kepada Perdana Menteri.
Yadim ditubuhkan sebagai sebuah badan yang bertindak bagi menyelaras aktiviti serta program dakwah yang pelbagai di negara ini.
Manakala tiga lagi Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Datuk Wira Abdul Ghani Samsudin, Mohd Raimi Abdul Rahim dan Dr Mohd Abdul Razak turut dilantik dalam pengurusan baharu di Yadim.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/nik-omar-mahu-yadim-sebagai-wadah-keharmonian-kaum/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
Demi Allah, kalau pandang wajah Nik Omar, hati rasa Sejuk je, rasa mcm lihat Arwah.
ReplyDelete