Itulah sifat Tun M...Walaupun ada yg duk kata macam2 kat Tun M..!
Kelab Che Det berkongsi album Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah menambah 2 foto baharu pada album: 3.1.2019 Pertemuan Dengan YAB Perdana Menteri.
Terima kasih atas kesempatan bertemu dan berbincang selama 45 minit dengan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pagi tadi di Putrajaya.
Beautiful moment and a very fruitfull discussion for the well being of Terengganu people.
Selepas amaran ‘neraka’ Hadi, MIC mahu serah kerusi pada UMNO?
Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang akhirnya menunjukkan belang sebenar seorang pemimpin politik yang tidak layak mewakili rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan apabila memberi amaran kepada orang Islam supaya memilih pemimpin di kalangan orang Islam, tanpa mengambil peduli kezaliman yang dilakukan mereka, sambil mendakwa kepimpinan yang bukan-Islam ‘akan berakhir dengan neraka’.
Kini, rakyat Malaysia memahami mengapa PAS di bawah kepimpinan Hadi menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebabkan Malaysia mendapat nama buruk dengan gelaran kleptokrasi global!
Tidak hairanlah, PAS di bawah kepimpinan Hadi, mengamalkan politik toksik dan jahat serta berbaur pembohongan, kebencian, ketakutan, perkauman dan keagamaan.
Tidak hairanlah, Hadi menolak ICERD dengan memberi alasan ia merupakan “Agenda Freemason” untuk memusnahkan Islam, sedangkan 99 peratus daripada 1.3 bilion penganut agama Islam di dunia tinggal di 179 yang telah meratifikasi ICERD, termasuk 55 daripada 57 negara ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Tidak hairanlah, Pemimpin Pemuda PAS yang juga anak kepada Presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi, memberi amaran kepada orang Islam supaya tidak membuat ucapan Krismas di Facebook.
Tidak hairanlah, PAS di bawah kepimpinan Hadi kini mendakwa partinya adalah satu-satunya wadah perjuangan agenda Melayu-Islam apabila mengeluarkan kenyataan: “Kalau dulu kita lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang Umno yang menjuarai perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada dalam kerajaan. Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti menyebabkan struktur Umno di beberapa peringkat sudah runtuh.”
Tidak menghairankan juga, PAS di bawah kepimpinan Hadi tidak menunjukkan kelantangan dalam isu seperti skandal 1MDB dan skandal lain melibatkan Felda, Felcra, MARA, dan Tabung Hadi kerana Hadi sendiri tidak bersungguh-sungguh menentang amalan rasuah.
Namun, pemimpin PAS salah besar kerana parti mereka tidak akan boleh memonopoli usaha memperjuangkan agenda Melayu-Islam di Malaysia.
Ini kerana, dalam sebuah Malaysia Baharu, adalah menjadi tanggungjawab semua parti politik dalam gabungan Pakatan Harapan, tidak kira PKR, Bersatu, Amanah atau DAP, untuk memperjuangkan agenda Melayu-Islam dan bukan Melayu-Islam bagi menunjukkan bahawa kejayaan pembinaan negara yang bercirikan masyarakat majmuk bukanlah zero-sum game, sebaliknya formula menang-menang untuk semua rakyat Malaysia.
Skandal 1MDB harus menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia agar tidak lagi membiarkan negara tergadai ke tangan mereka yang rakus terhadap kuasa atau kekayaan dan kepentingan rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama serta generasi akan datang harus diberikan keutamaan berbanding kepentingan seorang individu atau kumpulan individu, tidak kira betapa tinggi kedudukan dan kuasa mereka.
Ini yang harus mendasari Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands – tadbir urus baik melawan kleptokrasi.
Pun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah sama ada MIC akan memberi laluan kepada UMNO untuk bertanding di Cameron Highlands susulan amaran Hadi supaya memilih pemimpin dalam kalangan orang Islam?
Sebenarnya, saya meragui yang Hadi mampu menarik 3,587 undi (Jumlah undi yang diperoleh PAS di Cameron Highlands pada PRU14) dalam PRK Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari, kerana tidak mungkin ahli PAS bersetuju dengan Hadi yang menolak masyarakat majmuk Malaysia dan pandangannya bahawa lebih baik memilih orang Islam yang rasuah daripada orang bukan Islam yang jujur, yang mana saya percaya bukan ajaran mana-mana agama di dunia termasuk Islam.
Malah, adakah kepemimpinan MCA tidak mempunyai prinsip dan bersikap oportunis dan akan bekerjasama dengan PAS, seperti yang berlaku dalam tiga PKR DUN Selangor selepas PRU14, meskipun Hadi masih berpegang kepada fahaman lama tentang “neraka” dan “urus tadbir baik”. – Roketkini.com
Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada Rabu, 9 Januari 2019.
No comments:
Post a Comment