Terus kesan SUV putih tercampak ke laut
Perhebat misi cari, selamatkan kenderaan terhumban ke dalam laut
Hanya '6 jahanam' berani keluar Umno – Abdul Latiff
Hanya kumpulan anggota parlimen yang digelar "enam jahanam" sahaja yang berani mengambil tindakan keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas.
Perkara itu dinyatakan salah seorang dari wakil kumpulan itu yang juga MP Mersing Dr Abdul Latiff Ahmad, lapor Berita Harian.
Menurutnya, buat masa ini, tidak menjadi keutamaan untuk mereka menyertai Pakatan Harapan (PH).
Sebaliknya melihat penyertaan mereka sebagai ahli parlimen bebas bukan sahaja relevan kepada BN malah ia dinamik kepada PH.
"Sebenarnya PH lagi kecoh, mereka ada perdana menteri ketujuh dan pada masa sama ada bakal PM menunggu.
Politik PH boleh jadi tunggang-langgang
"Tiada mana-mana negara mempunyai konotasi sebegini. Apa pandangan PM ketujuh jika ada kumpulan dalam PH mengatakan mereka ada PM menunggu.
"Perkara yang berlaku di pihak PH membuatkan kami dinamik dan sebab itu kami perlu menunggu.
"Bagi kami, politik PH tidak dinamik, politik PH tidak realistik dan bila-bila masa saja boleh jadi tunggang-langgang," kata Abdul Latiff lagi dalam laporan itu.
Sejak minggu lalu, khabar angin bertiup kencang kononnya enam MP Umno itu dikatakan akan kembali ke pangkuan Umno.
Bagaimanapun, Abdul Latiff dilaporkan berkata pihaknya menafikan dakwaan itu dan kekal dengan keputusan keluar daripada umno.
Sementara itu, Abdul Latiff berkata ramai lagi wakil rakyat lain berkongsi sentimen yang sama namun hanya enam MP Umno sahaja berani berbuat demikian.
"Ramai yang berkongsi sentimen, tetapi yang berani melakukan ini hanya enam jahanam inilah.
"Kami sudah berfikir panjang dan yang lompat ini pun bukan calang-calang orang, bukan orang baru dalam dunia politik dan Umno," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Jelasnya, matlamat utama mereka buat masa sekarang demi melihat keseimbangan antara Melayu, kerajaan dan pembangkang yang masih belum dicapai.
Ada waku melihat
Beliau turut berpendiran, tindakan mereka keluar parti demi agama, bangsa dan tanah air.
"Jika perlu tunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), maknanya kami ada waktu melihat, bukan sahaja perubahan pada Umno, tetapi juga perjuangan bangsa dan agama.
"Ini hanya perjuangan kami demi agama, bangsa dan negara," beliau dilaporkan sebagai berkata.
Enam MP itu meninggalkan Umno pada 14 Disember lalu dan menjadi MP bebas.
Selain Dr Abdul Latiff, mereka yang lain ialah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid; Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Hamzah Zainudin (Larut); Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).
Untuk rekod, Umno telah memberikan writ saman kepda dua bekas MP parti itu yang meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu.
Dua individu tersebut adalah Anggota Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin dan Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali.
Mas Ermieyati mengumumkan keluar Umno pada 1 Julai lalu dan menyertai Bersatu pada 13 Disember lalu.
Manakala Dr Noor Azmi meninggalkan Umno pada 26 Jun sebelum mengumumkan penyertaan ke dalam Bersatu pada 28 November.
mk.
No comments:
Post a Comment