Bossku tak malu ke menipu rakyat sendiri?
Najib jawab Kit Siang: #TakutApaBossku
Bekas Perdana Menteri Najib Razak hairan dengan apa yang didakwanya sebagai obsesi Penasihat DAP, Lim Kit Siang terhadap dirinya.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Najib mendakwa, Lim mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerangnya secara peribadi walaupun beliau tidak lagi menjadi perdana menteri atau presiden Umno dan BN.
“Saya tidak faham obsesi Lim Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan BN.
#TakutApaBossku,” soalnya.
Saya tidak faham obsesi Lim Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan BN.
Kit Siang tidak mahu lagi mencari kebenaran mengenai kematian Altantuya, Teoh Beng Hock, Kevin Morais dan Hussain Najadi yang dia pernah sering mengaitkan dengan saya sebelum ini ke?
...Lihat Lagi
Dalam hantaran itu, Najib turut “menganjing” Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dengan melontarkan pertanyaan kepada Lim sama ada beliau tidak lagi berminat untuk mencari kebenaran berhubung kematian beberapa individu yang dikaitkan dengan dirinya.
"Kit Siang tidak mahu lagi mencari kebenaran mengenai kematian Altantuya, Teoh Beng Hock, Kevin Morais dan Hussain Najadi yang dia pernah sering mengaitkan dengan saya sebelum ini ke?
"Sudah lebih dari 3 bulan dahulu, pegawai saya telah membantu Kit Siang untuk mencari kebenaran dengan membuat laporan polis terhadap saya tentang kes-kes kematian tersebut. Kit Siang tidak berminat lagi ke?
“Ataupun dia telah mengaku memfitnah saya berulang-kali mengenai kes-kes ini selama bertahun-tahun?” kata bekas perdana menteri itu.
mk.
No comments:
Post a Comment