M Manogaran, sekali lagi diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk mewakili gabungan itu di Cameron Highlands.
Roketkini.com
Kenapa baru sekarang letak calon Orang Asli di Cameron Highlands, soal Kit Siang
Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa baru sekarang UMNO mempertaruhkan calon Orang Asli.
Beliau mengulas desas-desus yang UMNO akan mempertaruhkan bekas pegawai polis, Ramli Mohd Noor dari suku Semai untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.
“Adalah menyedihkan dan malang apabila Ramli tidak dicalonkan oleh UMNO semasa UMNO masih berpengaruh, dan seterusnya dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri, sekali gus mengakhiri peminggiran masyarakat Orang Asli dan membawa mereka masuk ke dalam arus perdana pembangunan negara,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Kit Siang mengakui Pakatan Harapan bakal menghadapi laluan sukar untuk menang PRK Cameron Highlands jika UMNO mencalonkan Ramli.
Justeru itu, katanya, jentera pilihan raya Pakatan Harapan perlu melakukan keajaiban sepanjang dua minggu tempoh berkempen untuk memenangi PRK berkenaan.
PH sekali lagi mencalonkan M. Manogaran di kerusi Parlimen Cameron Highlands, yang mempunyai 22% pengundi Orang Asli.
Berbeza dengan UMNO, DAP lebih komited dalam mengangkat martabat Orang Asli apabila meletakkan Nasir Dollah, bertanding di kerusi DUN Galas, Kelantan pada PRU14.
Nasir adalah antara 230 individu masyarakat Orang Asli Temiar yang menyertai DAP tahun lalu di Kampung Orang Asli Parik, Kuala Betis, Gua Musang. – Roketkini.com
No comments:
Post a Comment