Pages

Monday, 28 January 2019

[Video Kena kencing hidup2, aku menangis semahunya..Uuuweekkk!] 'Goyang Dumang' Pas-Umno kuda menguda & Politik kebencian dan dendam, itulah sahaja motivasi politik Pas dan Umno.

Isnin, 28 Januari 2019

Goyang Dumang

Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 1 person, text
TS.

Pas-Umno kuda menguda

AHMAD SYUKRI CHE AB RAZAB

Politik kebencian dan dendam, itulah sahaja motivasi politik Pas dan Umno. Kemarahan membuak terhadap musuh politik menjadi asas kerjasama dua parti pembangkang ini. Jika Umno mengatakan asas mereka ialah kebenaran, mereka baru sahaja tidak menjadi Kerajaan. Semasa menjadi Kerajaan merekalah yang mempertahan habis-habisan pemimpin mereka yang terkait dengan skandal terkemuka dunia.

Jika mereka kata pemimpin mereka itu tidak salah, lalu kenapa tidak dikekalkan sahaja Najib Razak sebagai Presiden UMNO? Takut apa Bos ku?

Pas pula termakan pujuk rayu Umno yang menunggang sentimen agama dan kaum. Lalu tersemailah kebencian tidak tentu hala terhadap DAP yang pernah menjadi sekutu rapat mereka. Pas tambah tertekan apabila bahtera mereka terpecah dan melahirkan AMANAH. Sayang sekali ijtihad Haji Hadi untuk merapatkan saf bersama Umno tidak membawa ke mana. Yang berbeza adalah Pas mendapat rakan baru di barisan pembangkang. Kawan-kawan lama Pas semuanya sudah menjadi Kerajaan.

Jika Pas juga mengatakan asas perjuangan mereka ialah kebenaran, maka ini sesuatu yang memeningkan kerana Pas suatu ketika dahulu mengambil langkah lunak dengan pemimpin kleptokrat. Baru-baru ini Presiden Pas juga melahirkan rasa tidak senang apabila skandal kewangan Tabung Haji didedahkan. Oleh itu sukar untuk diselarikan antara prinsip kebenaran dengan sikap pemimpin utama Pas ini.

Umno berjaya ‘Tarbiah’ Pas

Menjelang Pilihan Raya Kecil Cameron Highland yang akan berlangsung pada 26 Januari ini, agak menarik melihat keletah Pas di luar gelanggang. Pas begitu garang dan bersungguh-sungguh ingin memenangkan calon Umno. Tapi sayang, kempen demi kempen hanya menunjukkan Pas sudah benar-benar menjadi Umno 2.0. Nampaknya Najib Razak telah berjaya mentarbiah PAS dengan baik. Pas masih memutar isu – isu di sekitar topik perkauman dan masih bermain dengan sentimen agama.

Jiwa perjuangan Almarhum Tok Guru Nik Aziz kelihatan sudah sirna sepenuhnya dan jiwa Haji Hadi sudah mendominasi segalanya. Pas dilihat tidak berganjak daripada cara politik yang mereka amalkan pada PRU14 yang lalu. Mungkin bagi mereka cara itu berkesan menyebabkan mereka boleh menang bergaya di dua negeri Pantai Timur. Tetapi mungkin mereka lupa, bahawa cara itu juga yang dipakai Umno sejak 6 dasawarsa lalu yang menyebabkan Umno juga pernah menang bergaya di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Perak. Akhirnya kecerdikan rakyat itu menghukum pemain politik yang selalu meremehkan daya fikir rakyat.

Jujurkah pertalian Pas dan Umno

Sudah-sudahlah Pas dengan irama politik lama. Silalah hentam Pakatan Harapan atas janji-janji yang tertangguh. Marahlah Pakatan Harapan jika benar ada aset Kerajaan yang disalah gunakan. Tetapi berhentilah mendendangkan irama perkauman dan keagamaan sempit terhadap DAP dan Pakatan Harapan kerana itu adalah khianat dan pembohongan.

Satu persoalan ingin saya ajukan kepada Pas, benarkah Pas sudah benar-benar boleh menerima Umno sebagai rakan seperjuagan? Menarik bila membaca kenyataan terbaru Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Aziz yang menyeru agar ahli Pas memaafkan Umno demi melawan musuh yang lebih utama. 

Kenyataan beliau ini boleh dibaca pada pautan ini https://www.malaysiakini.com/news/461286.
KDL.

No comments:

Post a Comment