Pages

Sunday, 20 January 2019

[Video Kerajaan Kelantan Sedia Disaman] Tuduh guna kereta k'jaan: Fuziah tuntut penulis blog mohon maaf & Kampung di Cameron Highlands tiada elektrik, air bersih sejak 1999.

Isnin, 21 Januari 2019

Tuduh guna kereta k'jaan: Fuziah tuntut penulis blog mohon maaf

Pengerusi PKR Pahang Fuziah Salleh memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik blog agar membuat permohonan maaf atau berhadapan tindakan saman kerana mengaitkannya dengan kegiatan salah guna kenderaan milik kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.
Tindakan individu yang menggunakan nama Yusman Zahari Zakaria itu secara jelas menuduhnya selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunakan kenderaan Jabatan Hutan Daerah Raub dalam artikel di blognya yang disiarkan semalam bertajuk ‘Fuziah Salleh bercakap depan cermin, terbukti beliau salah guna aset kerajaan’.
“Saya dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mencabar beliau (individu terbabit) agar tampil dengan berani tanpa berselindung dengan blog dan Facebook yang menyembunyikan tentang biodata dirinya.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Saya juga telah mengarahkan peguam saya bertindak dengan sewajarnya di dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.​​​​​​​
Katanya fitnah yang disiarkan menerusi laman blog itu juga telah ditularkan di media-media sosial termasuk di dalam facebook.
Fuziah turut memaklumkan sepanjang kempen pilihan raya itu beliau telah mengambil cuti dengan mengisi borang cuti secara rasmi selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menggunakan kenderaan sendiri sepanjang tempoh berkenaan.​​​​​​​
Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua pengundi di Cameron Highlands jangan mudah terpedaya dengan propaganda dan fitnah yang semakin hebat yang dimainkan menjelang hari pengundian pada 26 Jan ini.
mk.

Kampung di Cameron Highlands tiada elektrik, air bersih sejak 1999

Pemimpin MyPPP, M Kayveas menggunakan generator penduduk kampung Mawar Tepian Dewan sambil diperhatikan Ramlah Ali (kanan)
CAMERON HIGHLANDS: Walaupun berada di pinggir jalan utama menuju ke destinasi pelancongan popular, Cameron Highlands, penduduk Kampung Mawar Tepian Desa di Kampung Raja hidup seakan zaman dahulu, tanpa elektrik dan air bersih sejak 1999.
Lebih kurang 165 keluarga di perkampungan tersusun itu hidup hampir 20 tahun tanpa elektrik dan air bersih walaupun hanya 3km dari Kampung Raja, sebuah perkampungan utama di daerah Cameron Highlands dan 30km dari Tanah Rata.
Penduduk yang ditemui berkata permohonan tanah tidak diluluskan mahupun lesen pendudukan sementara (TOL), menyebabkan mereka rasa dilayan seperti pendatang haram.
Wakil penduduk, Saleh Mat Saman, 63, yang menetap di Cameron Highlands sejak 1974, berkata permohonan demi permohonan kepada pihak berkuasa tidak dilayan.
“Banyak wakil rakyat datang sejak 1999 janji sama kami akan usaha tapi sampai sekarang tidak ada apa. Bila kita mohon, mereka kata nak bantu tapi senyap tanpa sebarang berita,” katanya.
FMT.

No comments:

Post a Comment