Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menghantar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dengan memandu sendiri Proton Saga edisi pertama yang dihadiahkan kepada Almarhum Sultan Iskandar pada 1985. Ini kita panggil "Diplomasi Proton". Kereta Proton Saga versi pertama dengan nombor Proton 1 adalah hadiah dari Tun Dr Mahathir kepada almarhum Sultan Iskandar. Digunakan semula oleh Sultan Johor kini untuk menghantar Perdana Menteri ke lapangan terbang selepas pertemuan empat mata mereka "frank talk"...
Lokman Adam bebas dengan jaminan polis
Anggota majlis tertinggi Umno, Lokman Noor Adam yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.
Setiausaha NGO Pemantau Malaysia Baru (Pemantau), Lisa Yahaya berkata Lokman dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 10 pagi tadi.
"Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat, penyokong dan keluarga Datuk Lokman Adam yang hadir di IPD Dang Wangi pagi tadi bagi menyatakan sokongan terhadap beliau.
"Tidak lupa juga kepada yang tidak putus-putus mendoakan Datuk Lokman Adam agar urusan beliau dipermudahkan. Semoga Allah S.W.T merahmati dan memberkati perjuangan kita semua," katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Lisa berkata Lokman dipanggil ke Bukit Aman untuk memberikan keterangan pada pukul 2 petang semalam sebelum ditahan pihak polis di bawah Seksyan 4(1) Akta Hasutan.
Lokman kemudian di bawa ke IPD Dang Wangi, kira-kira pukul 10 malam.
Kesal dengan penahahan itu, Lisa berkata Lokman tidak sepatutnya ditahan semalaman kerana dia telah memberikan kerjasama yang baik dengan pihak polis.
Malaysiakini telah menghubungi pihak olis untuk mendapatkan maklum balas.
mk.
Jom demo KESYUKURAN beramai2. Mcm demo ICERD tu. 😆😆😆. Tin milo kena ada.
ReplyDelete