Tan Sri Erwan Seregar menari sehari sebelum PRU14
Pihak PDRM sila siasat kes ini dengan penuh adil dan saksama.
Dua org anggota polis dari Bukit Aman bahagian stafoc, salah seorang pegawai tertinggi telah menumbuk dan membelasah peniaga burger tanpa sebab. Pegawai tersebut telah mengacukan pistol dengan membuat ugutan jenayah. Ramai saksi yg melihat kejadian tersebut.
AMBOI Pandainya Berjoget Pak Pak Menteri Kebangggaan Najib Razak 1MDB
Tumpang sekole.
NAJIB TIDAK SELAMANYA HARUS BERBANGGA DENGAN GELARAN RAJA TROLL NEGARA
Baik di pihak kerajaan, mahu pun pembangkang, Najib Razak ketika ini telah berjaya menampilkan dirinya sebagai individu paling popular di media sosial negara ini.
Ia bukan saja bersandarkan kekerapannya menulis dalam bentuk kritikan ringan, sindiran atau bernada sinis terhadap banyak isu berkaitan kerajaan tetapi juga disusuli dengan kerapnya beliau turun padang bertemu kelompok masyarakat tertentu bagi tujuan mempromosi dirinya.
Dalam waktu-waktu kebelakangan ini juga, bekas Perdana Menteri itu kelihatan lebih santai, ceria dan banyak berjenaka.
Lantaran popularitinya itu, beliau kini digelar sebagai Raja Troll Negara dan Najib sendiri nampaknya senang serta gembira dengan gelaran baru itu.
Dalam bahasa orang bandar, khususnya kepada penggila media sosial dan orang muda, gelaran Raja Troll ini mungkin sesuatu yang membanggakan dan menampakkan kejayaan, tetapi dalam bahasa orang dewasa dan luar bandar, ia tidak ubah seperti gelaran Pak Lawak saja tarafnya.
Sesetengah orang melihat gelaran Raja Troll itu pula sama seperti meletakkan Najib setaraf dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop saja layaknya.
Dalam hal ini, harus diingati bahawa Najib adalah seorang bekas Perdana Menteri yang merupakan satu jawatan yang tinggi dalam negara.
Adakah ternampak suatu kelebihan dan manis di mata masyarakat apabila seorang bekas Perdana Menteri bertukar menjadi Pak Lawak atau disamakan dengan Sultan Melaka atau Ayahanda Rani Kulop?
Apa sebenarnya yang mahu Najib capai dalam keaktifannya di media sosial sekarang ini?
Sebenarnya, tidaklah menjadi kesalahan untuk Najib menjadi aktif di media sosial, termasuk melakukan posting menyindir, menyinis atau mengusik mana-mana pemimpin atau dasar kerajaan, tetapi beliau seharusnya melihat skop keaktifannya dalam ruang yang lebih besar lagi.
Sesekali melawak dan menjadi Pak Lawak barangkali tidak mendatangkan masalah, tetapi sebagai bekas Perdana Menteri yang keaktifannya sekarang ialah untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap PH dan berusaha mengembalikan BN sebagai kerajaan semula, Najib juga harus lebih banyak tampil dengan watak yang serius dan sesekali menghamburkan serangan yang benar-benar membuatkan Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng misalnya, terkedu untuk menjawabnya.
Sehingga ini, apa yang kelihatan, paparan yang ditampilkan Najb di media sosialnya lebih menjurus kepada sesuatu yang bernada sinis, menyindir dan mengusik semata-mata, sedangkan banyak isu-isu dasar, skandal dan melibatkan kepentingan rakyat dalam kerajaan sekarang memerlukan garapan yang lebih serius bagi menyedarkan rakyat.
Sebab itu juga agaknya Tun Mahathir tidak pernah memberi respon terhadap apa juga yang ditulis Najib di media sosialnya kerana beliau mungkin menganggapnya sebagai lawak semata-mata.
Walhal, ketika Tun Mahathir mengetuai Pakatan Harapan dulu, hampir setiap serangannya kepada kerajaan berjaya membuatkan Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu terpaksa memberi respon terhadapnya.
Apalagi sebagai bekas Perdana Menteri, Najib tentunya mempunyai kelebihan serta pengetahuan tertentu dalam melantunkan serangan dan kritikannya kepada kerajaan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini.
Mungkin aura Tun Mahathir berbeza dengan Najib, lebih-lebih lagi kerana beliau juga sedang dihadapkan dengan puluhan pertuduhan mahkamah, tetapi sementara kesempatan bebas masih ada dan terlalu banyak isu berlegar dalam negara yang melemaskan rakyat, beliau harus mengambil peluang yang ada itu.
Menjelang sembilan bulan wujudnya kerajaan baru, Najib tidak seharusnya terus gembira dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak semata-mata, tetapi beliau mesti bergerak ke arah baru dengan menampilkan keyakinan rakyat terhadap kekuatan pembangkang sebagai elemen "check and balance" dalam negara ini.
Sekali dua melawak atau tampil berjenaka bolehlah diterima, tetapi rakyat yang mula tidak puas hati, kecewa dan sesetengahnya sengsara dengan kerajaan baru ini, tidak akan terubat luka di hati mereka dengan diajak ketawa semata-mata.
Rakyat perlukan sesuatu yang serius dan meyakinkan demi masa depan mereka. Rakyat akan melihat ada harapan jika pembentangan sesuatu isu, kritikan, serangan terhadap kerajaan dilakukan dengan nada yang serius, bukannya dalam jenaka.
Untuk itu, Najib perlu juga kerap tampil dengan kritikan yang serius dan penuh fakta, sama ada melalui media sosial atau penampilan terbuka, untuk menggambarkan keseriusan perjuangannya menentang Pakatan Harapan.
Dengan gelaran Raja Troll atau Pelawak, mungkin ramai yang gembira dan tumpang ketawa, tetapi yang selalunya mampu membangkitkan semangat untuk perubahan kerajaan ialah amanat yang keras, keringat dan airmata. (ShahbudinHusin 20/01/2019).
No comments:
Post a Comment