Pages

Wednesday, 23 January 2019

[Video Menteri umum batal projek Empangan Telom, nafi ada kaitan PRK] Umno, Pas terdesak untuk berkuasa.

Rabu, 23 Januari 2019
Image may contain: 1 person, text
Image may contain: 1 person, text
Image result for dr.m n anwar
TS.

Umno, PAS terdesak untuk berkuasa: Raja Bahrin

Umno dan PAS sanggup berbuat apa sahaja demi untuk berkuasa termasuk membelakangi ajaran Islam sebenarnya, kata Pengerusi Amanah Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau turut membidas Umno kerana didakwa membangkitkan isu agama dan perkauman semasa kempen pilihan raya kecil Cameron Highlands yang sedang berlangsung.
“Umno-BN telah memerintah lebih dari 60 tahun dan (bekasa perdana menteri) Najib Razak telah menjadi perdana menteri selama dua penggal tetapi isu tanah adat orang asal dan isu perumahan umum orang ramai masih banyak belum selesai.
“Soal utama hari ini kenapa isu perkauman dan agama menjadi senjata utama Umno dan BN di PRK ini kalau mereka telah menjadi kerajaan bertanggung jawab yang menguasai negeri (Pahang) dan negara dahulu?
“PAS yang menganggap Umno biawak hidup dahulu kini mendukung perjuangan perkauman assobiah pekat Umno yang dilarang Islam. 
“PAS dan Umno tertekan dan sanggup berbuat apa sahaja untuk berkuasa walaupun membelakangkan ajaran Islam sebenarnya dengan mencetus sentimen agama dan perkauman walaupun ini mungkin akan merosakkan negara yang telah lama kita bina bersama dengan harmoni,” katanya.
Raja Kamarul Bahrin juga menyelar PAS kerana bekerjasama rapat dengan Umno pada pilihan raya kecil itu.
“Ini tidak mungkin akan kelihatan di Terengganu di mana masyarakat lebih jauh konservatif dan ahli biasa PAS tidak boleh menerima Umno.
“Inilah sikap berselindung dan hipokrasi pimpinan PAS yang tidak berterus terang dengan ahli biasa mereka,” katanya.
Menurutnya, Aaat menyedihkan apabila BN dan PAS memainkan isu perkauman seluas-luasnya untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu akan ancaman DAP dan orang China.
“Ini adalah politik kotor Umno dan PAS yang akan merosakan negara dan konsep Malaysia Baru,” katanya.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment