Pages

Thursday, 17 January 2019

[Video Presiden Skuad Badar direman lagi 2 hari] PH ni nak jadi kerajaan sepenggal atau kurang dari sepenggal? BENGANG! MENTERI SEMUA TIDO? Pendakwaan lantang bantah cubaan Najib tangguh perbicaraan Feb ini.

Khamis, 17 Januari 2019
Foto Otai BERSIH.
Woiii Menteri Menteri berkenaan yg bahalol.!!!
Apa kejadahnya balaci barua Hadi yg rekod dia pasal rasuah pon diragukan tpi masih dlm suruhanjaya pencegahan rasuah??
PH ni nak jadi kerajaan sepenggal atau kurang dari sepenggal?
BANGANG! MENTERI SEMUA TIDO!!!

Pendakwaan lantang bantah cubaan Najib tangguh perbicaraan Feb ini

Pasukan pendakwaan kes bekas perdana menteri Najib Razak berhubung kemelut SRC International yang dijadualkan bermula 12 Feb ini telah menghantar surat kepada hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali untuk membantah permohonan pihak pembelaan yang memohon penangguhan dengan lantang.
Dalam surat yang dilihat oleh Malaysiakini yang ditandatangani oleh ketua pendakwaan, Manoj Kurup, pihak pendakwa berkata pembelaan yang diketuai oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah akan membuka laluan kepada penangguhan yang tidak menentu.
Shafee mahu perbicaraan pada Februari yang dijadualkan hampir dua bulan tersebut yang bakal diketuai oleh pendakwa raya yang dilantik oleh kerajaan, Sulaiman Abdullah ditangguhkan sementara menunggu tiga permohonan interlokutori.
Ini berkaitan dengan pelantikan Sulaiman sebagai pendakwa raya, juga untuk mendapatkan dokumen lanjut termasuk pernyataan beramaran saksi dan perintah tutup mulut yang dikeluarkan kepada saksi berpotensi dan media termasuk Najib.
Hakim Nazlan telah menolak ketiga-tiga permohonan itu. Justeru, Najib membuat permohonan ke Mahkamah Rayuan.
mk.

No comments:

Post a Comment