Pages

Saturday, 19 January 2019

[Video PRK CAMERON HIGHLANDS Kempen Calon Pakatan Harapan] Menari? Kita tak pertikai Siti Kasim, kata Maza.

Sabtu, 19 Januari 2019

Menari? Kita tak pertikai Siti Kasim, kata Maza

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengecualikan peguam dan aktivis sosial Siti Kasim ketika melontarkan pandangan agar individu yang mempunyai jawatan dalam masyarakat menjaga kesantunan.
Mohd Asri berkata demikian ketika berkongsi pendapatnya berhubung klip video memaparkan beberapa tokoh dan personaliti perundangan dalam sebuah majlis tari-menari.
"Kita tidak mempertikaikan saudari Siti Kasim. Kita percaya tiada siapa yang rasional akan mempertikaikan beliau sekalipun jika keadaan seribu kali lebih daripada ini.
"Harap beliau tidak salah faham dan menganggap hal ini ditujukan kepada beliau," kata Mohd Asri.
Sebaliknya, jelas Mohd Asri, pandangannya itu ditujukan buat pihak berkedudukan dalam masyarakat yang sepatutnya menjaga status dan nilai positif, tanpa mengira latar politik.
"Setiap orang ada cara kehidupan tersendiri apatah lagi bagi yang mempunyai kepercayaan yang berbeza. Itu adalah pilihan masing-masing.
"Namun, bagi individu-individu yang memegang peranan penting dalam negara dan mempunyai nama dalam masyarakat seeloknya hendaklah mengawal cara dan kesantunan di khalayak awam agar tidak dianggap 'tidak menjaga ketertiban' yang sepatutnya. 

"Apatah lagi apabila lambang negara dan institusi penting ada di situ. Ini kerana, dalam budaya masyarakat kita di Malaysia, hal seperti ini mengundang persepsi yang salah dan menurunkan nilai penghormatan di mata awam," katanya.
Terdahulu, sebuah klip video memaparkan beberapa tokoh dan personaliti perundangan menari dalam majlis Legal Year 2019 yang diadakan awal bulan ini di Kota Kinabalu, Sabah.

Jejas etika kehakiman

Selain Siti Kasim, turut menyertai tarian itu ialah Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, Peguam Negara Tommy Thomas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dan peguam Ambiga Sreenavasan.
Pemuda Umno dalam kenyataan media hari ini menyifatkan penularan video berkenaan sebagai memalukan institusi kehakiman.
Berkongsi pandangan isu sama di Facebook, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penularan video berkenaan akan menjejaskan etika kehakiman.
"Hakim perlu memelihara etika kehakiman dalam kehidupan seharian. Ini perlu dipelihara bagi menjaga kedudukan hakim pada pandangan umum masyarakat.
"Tindakan hakim dalam majlis Keraian berdansa sebagaimana yang ditularkan, akan menjejaskan dan bertentangan dengan etika kehakiman.
"Di harap badan perundangan negara melihat isu ini dan mengambil perjalanan yang sewajarnya," katanya.

No comments:

Post a Comment