'Aunty' Cina enggan bayar barang di kaunter gadis Melayu bertudung?
Kisah seorang “aunty” Cina yang enggan membayar barang di kaunter yang kosong, tetapi sanggup berbaris di kaunter lain kerana melihat gadis penjaga kaunter itu memakai tudung, tular di media sosial. Kisah itu dikongsi oleh Abd Halim Benloo Hj Omar.
Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.
Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia? Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.
Suami: Hey nasib baik u beratur barisan ini
Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.
Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar je kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.
Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.
Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.
Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir
Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma
Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?
Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.
Aku: Okay I faham.
Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je. - milosuam
Seorang lelaki kurang berakal menghina seorang wanita yang hanya menjalankan tugas mempromosi barangan non-halal di Giant. Tindakannya itu dikecam orang ramai kerana bersikap rasis. Dia share kebodohan dia facebook.
Tumpang sekole.
No comments:
Post a Comment