Tumpang sekole.
BN boleh menang dengan majoriti lebih besar
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRK 26 Januari ini.
Malah beliau yakin calon BN Ramli Mohd Nor akan menang dengan majoriti lebih besar berbanding PRU lalu, iaitu lebih 3,000 undi.
Beliau berkata ini kerana tidak berlaku lagi pertembungan tiga penjuru yang pada PRU lalu banyak memecahkan undi PAS dan Umno.
"PAS dulu ada lebih 3,000 undi. Harapnya mereka keluar mengundi dan akur dengan arahan pucuk pimpinan parti (untuk menyokong BN).
"Calon kita pula anak tempatan daripada masyarakat Orang Asli. Sepatutnya 3,000 undi Orang Asli akan berpihak kepada kita. Bagi pengudi Melayu pula calon ini beragama Islam.
"Dan ramai yang mengundi Pakatan Harapan (PH) sudah sedar sekarang, kita dengar kekesalan mereka. selain itu jentera Umno jua lebih tersusun," katanya ketika sesi Teh Tarik Bersama Media di Kuala Lumpur hari ini.
Pada PRU ke-14, calon BN C Sivarraajh menang di kawasan parlimen itu dengan majoriti 597 undi, mengalahkan calon PH M Manogaran, Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS), B Suresh Kumar (PSM) dan Mohd Tahir Kassim (Berjasa).
Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Sivarraajh dan mengarahkan PRK diadakan.
BN melanggar tradisi dengan tidak meletakkan calon dari MIC, sebaliknya Ramli yang bukannya anggota mana-mana parti dalam BN.
PH pula kembali mencalonkan Manogaran. Ini merupakan percubaan kali ketiga beliau di kerusi parlimen itu.
Ketika ditanya tentang kemungkinan Ramli akan menyertai PH jika menang, Tajuddin berkata ia sukar diramal tetapi tetap yakin bekas pegawai tinggi polis itu tidak akan mengkhianati kepercayaan pengundi.
"Kita harap dia tidak akan lari," katanya lagi.
No comments:
Post a Comment