Pages

Friday, 18 January 2019

[Video SEJAK BILA NAJIB JADI PENCACAI?] Hari ini saya turun (dengan kenderaan sendiri ya, Najib!) Saya boleh menerima kritikan tetapi saya tidak boleh menerima fitnah!

Jumaat, 18 Januari 2019
Foto Mohamad Sabu.
Pakatan Harapan Supporters 
Hari ini saya turun (dengan kenderaan sendiri ya!) membantu kempen calon PH di Sg Koyan dengan menyantuni masyarakat di pasar malam dan kemudian bersolat Maghrib di Masjid Sg Koyan 1.
Malam ini pula berceramah di dataran depan Masjid Sg Koyan.
Saya jelaskan mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak berbohong dan tidak cermat fakta kerana menuduh saya datang ke penamaan calon PRK Cameron Highlands dengan helikopter sedangkan saya datang melalui jalan darat dengan kenderaan persendirian.
Saya juga jawab tuduhan bekas Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Hussain yang mengatakan kerajaan PH tidak buat apa-apa untuk kebaikan veteran tentera.
Isu veteran ini bukan baru. Malah sejak zaman Hishammuddin lagi. Majlis Veteran Kebangsaan (MVK) yang ditubuhkan tubuhkan pada tahun 2012, tidak pernah bermesyuarat langsung. Itu zaman Hishammuddin. Tahun 2018 MVK telah bermesyuarat utk kali pertama dan Kerajaan PH komited untuk terus menjaga kebajikan Veteran Tentera Malaysia.
Melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran, kita meneruskan bantuan sedia ada dan telah merancang strategi terbaik untuk kesejahteraan veteran.
Saya boleh menerima kritikan tetapi saya tidak boleh menerima fitnah!
Foto Mohamad Sabu.
Foto Mohamad Sabu.
RENTETAN isu duit minyak, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut menjadi sasaran kritikan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hari ini.
Najib mendakwa, gambar Mohamad menggunakan helikopter kerajaan di Cameron Highlands tular pada Sabtu lalu dan menerima pelbagai kritikan orang ramai.
“Bagaimanapun Mat Sabu menafikannya dengan memberi alasan ia lawatan rasminya sebagai menteri yang dirancang awal.
my Metro.

No comments:

Post a Comment