Pages

Tuesday, 29 January 2019

[Video Siapa Percaya KAMBING HITAM 1MDB?] MP DAP Anthony Loke sumbang lebih RM50,000 untuk surau di Nilai & Timbalan Menteri DAP Steven Sim terima kunjungan mesra NGO Palestin.

Selasa, 29 Januari 2019

MP DAP sumbang lebih RM50,000 untuk surau di Nilai

Dua buah surau di Nilai menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dalam satu majlis semalam.
Surau Al-Hidayah Taman Sri Damar Mantin dan Surau Taman Medang Mantin masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM50,000 dan RM5,000.
Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP menerusi laman Facebooknya berkata peruntukan tersebut diberikan mengikut keperluan dan permohonan.
Turut menerima sumbangan adalah 100 individu dan 12 pertubuhan lain, termasuk sekolah, yang masing-masing berjumlah RM50,000 dan RM260,000. – Roketkini.com
Majlis Penyampaian Sumbangan Ahli Parliamen Seremban merangkap Menteri Pengangkutan YB Loke Siew Fook kepada Individu…

Timbalan Menteri DAP terima kunjungan mesra NGO Palestin

 Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim menerima kunjungan wakil Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) di pejabatnya dekat Putrajaya, hari ini.
Ia bagi menyatakan penghargaan atas keputusan tegas dan berani kerajaan Malaysia melarang perenang Israel daripada memasuki Malaysia bagi menyertai kejohanan sukan tersebut yang sepatutnya diadakan di Kuching, Sarawak.
“Kami berharap Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam mengangkat perjuangan rakyat Palestin di semua peringkat dan dengan apa cara sekalipun,” ujar PCOM dalam sepucuk surat kepada Steven yang juga Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.
 10 Januari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menegaskan Putrajaya tetap dengan pendirian tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak antara 29 Julai hingga 4 Ogos depan walaupun mendapat tekanan pihak antarabangsa.
Susulan itu lembaga pengurusan Jawatankuasa Para Antarabangsa yang bermesyuarat di London Ahad lalu membuat keputusan bahawa Malaysia hilang kelayakan untuk menganjurkan kejohanan berkenaan.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak ambil pusing dengan tindakan badan antarabangsa tersebut.
“Dia nak batal, batallah!
“Saya dapati bahawa dunia terpaksa ikut Israel, saya tak faham lah. Kuasa dunia ada kuasa, tapi dia terpaksa ikut Israel. Kita tak ikut,” katanya. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment