Pages

Friday, 11 January 2019

[Video SIASAT SEMULA PROJEK MELIBATKAN CHINA] Situasi politik hari ini! PH SIBUK selamatkan rakyat, Pas pula SIBUK selamatkan Umno? 9 borang pencalonan sudah dibeli setakat semalam.

Sabtu, 12 Januari 2019
No photo description available.
Image may contain: text
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
TS.

9 borang pencalonan sudah dibeli setakat semalam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang mengesahkan sembilan set borang pencalonan telah dibeli setakat semalam, menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands esok.
Pengarah SPR Pahang Datuk Zamree Hamli berkata wakil​ daripada Pakatan Harapan membeli satu set borang pencalonan, MyPPP dua set borang dan wakil daripada Barisan Nasional (BN) serta Bebas pula masing-masing tiga set.
"Ini (sembilan set) yang telah dibeli setakat pukul 5.30 petang semalam. Mungkin ada pertambahan lagi pada hari ini. Calon juga masih boleh membeli borang sehingga pukul 10 pagi esok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
PRK Parlimen Cameron Highlands diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Pada PRU14, Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan memperoleh 10,307 undi menewaskan M. Manogaran (PKR) yang meraih 9,710 undi; Wan Mahadir Wan Mahmud (PAS/3,587 undi); Mohd Tahir Kassim (Berjasa/81 undi) dan B. Suresh Kumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan 680 undi.
SPR menetapkan ‪12 Jan‬ bagi penamaan calon PRK itu manakala hari mengundi awal ‪22 Jan‬ dan hari pengundian ‪26 Jan.‬
Setakat hari ini, Manogaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang dan Presiden MyPPP Tan Sri M. Kayveas telah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu selain BN menamakan bekas pegawai kanan polis daripada komuniti Orang Asli tempatan, Ramli Mohd Nor sebagai calon parti itu.
mk.

No comments:

Post a Comment