Pages

Monday, 21 January 2019

[Video SUV terhumban dari Jambatan Pulau Pinang] Insiden Jambatan Pulau Pinang: Keluarga mangsa mohon ruang untuk bertenang.

Isnin, 21 Januari 2019



Insiden Jambatan Pulau Pinang: Keluarga mangsa mohon ruang untuk bertenang

BUTTERWORTH: Keluarga pemandu kenderaan yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi semalam memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang kerana masih bersedih dengan kejadian itu.
Bapa kepada pemandu kenderaan yang juga seorang penuntut kolej swasta yang enggan mendedahkan namanya berkata demikian ketika wartawan Bernama menjejakinya di kediaman mereka di Taman Kempas, di sini hari ini.
“Kami perlukan masa... media lebih mengetahui mengenai perkara ini daripada keluarga,” katanya dalam nada tersekat dan dilihat amat sedih mengenangkan kejadian tragis yang berlaku terhadap anak lelakinya itu.
Sementara itu, abang pemandu kenderaan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis, 20-an, berkata mangsa iaitu Moey Yun Peng adalah adik bongsunya dan mereka hanya dua beradik.
Sepanjang pertemuan 15 minit itu Dennis juga tidak mampu membendung perasaannya dengan raut wajah yang menampakkan matanya yang bengkak dan memaklumkan baharu tiba dari Kuala Lumpur sejurus menerima perkhabaran mengenai adiknya.
Dalam kemalangan jam 2.54 pagi itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terhumban ke dalam laut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, di sini awal pagi semalam.
Sehingga kini operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berusia 20 tahun itu masih diteruskan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment