Tumpang sekole.
Hu, hu, huu!
PARADIGMA FOKUS 2019 DAN MASA DEPAN - BUKAN FOKUS INDIVIDU TETAPI ISU - ANTI RASUAH
Anti rasuah dan segala bentuk kemungkaran adalah musuh utama Negara termasuk yang mempertahankan, menyokong dan bersubahat.
FOKUS bukan lagi kepada individual dan parti tetapi APA ISU yang mereka dukong dan bawa.
Jadilah netizen yang ada disiplin ilmu sebelum kita BERLAGAK (termasuk aku) membetulkan orang lain? Boleh ke?
Salurkan masa dan tenaga lebih kepada memperkuatkan taraf ekonomi supaya kita bukan dalam kategori kufur nikmat, MALAS dan berselindung dengan pelbagai alasan..
Worth, menuding kepada pihak lain..
FOKUS bukan lagi kepada individual dan parti tetapi APA ISU yang mereka dukong dan bawa.
Jadilah netizen yang ada disiplin ilmu sebelum kita BERLAGAK (termasuk aku) membetulkan orang lain? Boleh ke?
Salurkan masa dan tenaga lebih kepada memperkuatkan taraf ekonomi supaya kita bukan dalam kategori kufur nikmat, MALAS dan berselindung dengan pelbagai alasan..
Worth, menuding kepada pihak lain..
Posted by Kluangman
Imam berusia di Perlis diberhentikan untuk beri peluang pelapis muda
Pemberhentian imam-imam lama di Perlis yang berumur melebihi 60 tahun untuk digantikan dengan imam baharu bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Menurutnya, ada imam berumur lewat 90-an tetapi enggan melepaskan jawatan supaya orang lebih muda dapat menggantikan mereka.
Imam-imam terbabit diberhentikan bukan kerana mereka tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh seperti didakwa pihak tertentu, katanya.
Mohd Asri membuat penjelasan itu dalam siri ceramah mingguannya di Masjid Alwi di Kangar malam tadi sebagai reaksi terhadap isu hangat perikutan pemecatan dan pertukaran imam-imam di negeri itu.
Sebuah portal dalam talian hari ini melaporkan 25 orang imam dipecat dan lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat yang berkuat kuasa Selasa lepas.
Mohd Asri bagaimanapun tidak menyebut jumlah sebenar imam yang diberhentikan atau ditukarkan tetapi berkata tindakan itu diambil kerana ada antara mereka tidak mampu membaca ayat-ayat al-Quran dalam solat dengan sempurna dan kemudian dikaitkan dengan disiplin menjalankan tugas.
Katanya ada juga imam yang tidak mematuhi kehendak tugas termasuk tidak menghadiri kursus, tidak membaca khutbah Jumaat yang disediakan dan membawa penceramah luar dan menyentuh politik dalam ceramah mereka di masjid.
“Semua ini direkod oleh pegawai-pegawai jabatan. Kita tidak ambil tindakan sesuka hati,” katanya sambil meminta imam-imam terbabit menerima hakikat mereka tidak semestinya bertugas hingga akhir hayat.
Mohd Asri berkata ramai anak-anak muda yang tamat pengajian tahfiz dan layak menjadi imam harus diberi peluang untuk mengisi tempat imam-imam yang diberhentikan itu.
-- Bernama
No comments:
Post a Comment