Pages

Friday, 25 January 2019

[Video Tun M: UMNO Sudah Tidak Ada Lagi & Dr Mahathir, pakar tumbangkan PM, pemimpin politik Umno] UMNO-BN tiada masa depan, untuk apa undi mereka?

Sabtu, 26 Januari 2019

UMNO-BN tiada masa depan, untuk apa undi mereka?

Kehadiran Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad di Sungai Koyan pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands tengah hari tadi mendapat sambut luar biasa penduduk di kawasan itu.
Dalam ucapan pembukaannya, Dr Mahathir berkata beliau gembira melihat begitu ramai penyokong Pakatan Harapan pada ceramah “Membangun Bersama Harapan” hari ini.
“Saya gembira melihat begitu ramai (yang memakai) baju merah. Rata-rata nampak merah belaka,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
Beliau meneruskan ucapan dengan menyeru agar pengundi di Cameron Highlands menolak Barisan Nasional (BN) dan memilih calon PH, M Manogaran pada pilihan raya esok.
Menurutnya, tiada guna menyokong BN kerana pemimpin mereka sendiri keluar parti dan merayu-rayu untuk menyertai PH.
“BN ditolak buat kali pertama (selepas PRU14) sebab dipimpin oleh seorang penyangak sebab itu, kita buang Najib (Razak) dari jawatan perdana menteri, beliau kena buang oleh parti sendiri.
“Ramai orang parti Umno jumpa saya termasuk Mohamad Hasan, Ahmad Zahid Hamidi jumpa juga nak kerjasama.
“Ramai berduyun-duyun nak masuk Bersatu, nak masuk PH. Orang sudah tidak percaya lagi kepada Umno, Umno tidak ada apa-apa lagi. Saya yakin Umno tidak ada masa depan lagi, jadi buat apa pilih mereka,” katanya.
Manogaran berdepan dengan tiga lawan dalam saingan empat penjuru membabitkan calon BN, Ramli Mohd. Nor serta dua calon Bebas iaitu Sallehudin Ab. Talib dan Wong Seng Yee. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment