Pages

Thursday, 7 February 2019

[Video 1MDB: Kito nak menerang pon tak reti! Bangang ko apo?] Najib pinjam duit kepada Najib! Zahid bukan lagi ketua pembangkang.

Khamis, 7 Februari 2019

Najib pinjam duit kepada Najib

Tung Guuuuu....!
Otai BERSIH

Zahid bukan lagi ketua pembangkang

BN akan mengadakan mesyuarat untuk memutuskan siapa bakal dilantik sebagai ketua pembangkang menggantikan Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Mohamad Hasan.
Menurut pemangku presiden Umno itu pertemuan tersebut akan diadakan secepat mungkin kerana Dewan Rakyat akan bersidang semula pada Mac ini.
"Saya akan panggil (mesyuarat) secepat mungkin," katanya di Shah Alam hari ini.
Untuk rekod presiden Umno yang mengisi kekosongan Najib Razak selepas parti itu ditolak pengundi dalam PRU ke-14 lalu ialah Ahmad Zahid.
Anggota parlimen Bagan Datuk itu juga dilantik menjadi ketua pembangkang di parlimen. Bagaimanapun beberapa perkembangan dalaman Umno memaksa Ahmad Zahid bercuti dan tugasnya diserahkan kepada Mohamad yang juga timbalan presiden Umno pada Dis 2018.
Tempoh percutian Ahmad Zahid juga tidak ditetapkan pengakhirannya.
Ahmad Zahid berdepan 45 tuduhan jenayah rasuah dan salah guna kuasa melibatkan dana lebih RM114 juta.
Mohamad berkata demikian kepada media selepas menghadiri forum Bicara Minda di Shah Alam hari ini.
Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment