Pages

Thursday, 7 February 2019

[Video Belum Puas Rosmah & Najib Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-32 Najib Terima 'Waran Tangkap' malam tadi] Malu aper BOSSKU, bukan Bisher bisher! MB Inc sahkan penerokaan haram di Bukit Kledang.

Jumaat, 8 Februari 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
Dari PARODI jadi REALITY
Dari PM jadi BADUT
Malu aper BOSSKU, bukan Bisher bisher.

MB Inc sahkan penerokaan haram di Bukit Kledang

mb-inc
IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) hari ini mengesahkan wujud aktiviti penerokaan tanah haram berhampiran Bukit Kledang bagi tujuan perladangan kelapa sawit.
Ketua Pegawai Eksekutif Anuar Zainal Abidin berkata, tinjauan di kawasan seluas hampir 10 hektar seperti yang dilaporkan media semalam berhubung aktiviti penerokaan haram turut melibatkan sebahagian dari tanah hak miliknya.
Katanya, hasil siasatan mendapati para peneroka haram itu menanam anak-anak pokok kelapa sawit di lereng tanah bukit yang diteroka secara haram.
“Siasatan awal mendapati selain tanah MB Inc, kawasan yang terjejas turut melibatkan tanah milik kerajaan negeri.
“Pihak Jabatan Perhutanan (JPNPk) juga telah mengesahkan tanah milik MB Inc dan kerajaan negeri yang terjejas tidak terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong malah kawasan itu tidak pernah digazetkan sebagai kawasan Hutan Simpan Kledang Saiong,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Anuar berkata, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak mengarahkan semua kerja-kerja tanah di kawasan berkenaan dihentikan serta-merta dan siasatan dimulakan bagi mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab.
Beliau berkata, kali terakhir pihak MB Inc meninjau kawasan Bukit Kledang pada 19 Januari lalu dan ketika itu mendapati tiada sebarang aktiviti penerokaan haram berlaku di kawasan berkenaan.
“Untuk makluman, MB Inc merancang untuk membangunkan projek hartanah bercampur di kawasan berkenaan khusus penempatan untuk rakyat selain mengelakkan tanah milik agensi kerajaan daripada diusahakan oleh peneroka haram.
MB Inc kesal dengan aktiviti penerokaan haram yang dilihat mahu mencabar pihak berkuasa kerana aktiviti pencerobohan itu dikesan dalam tempoh 10 hari selepas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Penyelesaian Setinggan dan Usaha Haram Negeri.
Jawatankuasa itu diwujudkan bagi mengambil tindakan ke atas aktiviti pencerobohan tanah milik kerajaan negeri dan syarikat-syarikat berkanun negeri.
Anuar berkata, tinjauan di kawasan penerokaan haram hari ini turut disertai Pengarah JPNPk Datuk Mohamed Zin Yusop selain pegawai Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Pejabat Daerah dan Tanah Manjoi dan Ibu Pejabat Polis Ipoh. – Bernama
MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment