Pages

Saturday, 23 February 2019

[Video Deposit PAS untuk PRU14 dibiayai oleh Umno] Mantik lilin Hadi boleh cair hati walaun2 & Parti laki bini dapat habuan! K'jaan mahu hapus tol, ganti caj kesesakan di 4 lebuh raya

Sabtu, 23 Februari 2019
Mantik lilin Hj Hadi boleh cair hati walaun2...
Kata Hj Hadi.. dia sanggup jadi lilin membakar Diri.. kononnya demi penyatuan Ummat Islam.. Hakikatnya Politik Haji Hadi sejak zaman mudanya.. Ibarat Kecewa membunuh diri..
Sejarah Politik Haji Hadi bukan lah dikenal sebagai tokoh Perpaduan, Tetapi seperti kata Tok Guru Nik Aziz tentang agenda Perpaduan PAS-UMNO.. Haji Hadi ini adalah bapa perpecahan Ummat Islam..
Dari Sejarah Amanat Haji Hadi, Dia lah bapa pepecahan Ummat Islam.. menyemarakkan semangat Ashabiyah dan budaya Takfiri.. Ummat Islam Solat 2 Imam, Kafir mengkafir, Bercerai sebab Politik, Tak makan sembelihan UMNO, Sehingga mengangkat senjata dalam peristiwa Memali adalah akibat Amanat Haji Hadi..
Haji Hadi Bukan saja gagal menyatukan Ummat Islam, Hakikatnya Parti PAS sendiri berpecah selepas kematian Almarhum Tok Guru Nik Aziz akibat perbuatan Takfiri dan pentaksub Haji Hadi.. akibat dari Amanat Haji Hadi 2.0...
Sebelum PRU 14, bukan sahaja Bersatu, hatta PKR memujuk PAS supaya bersama, bersatu menentang kerajaan UMNO.. Ketika itu dia menjadi khadam UMNO dan Najib memecahkan Undi dalam usaha menyelamatkan UMNO..
tidak cukup dengan itu, Ketika semua komponen PH bersatu hati nak jatuhkan UMNO dan regim Najib..sebelum PRU 14 dia melaga lagakan antara Tun Mahathir dan Ds Anwar yang ketika itu dipenjara.. dia memperolok olokkan simbol PKR itu sebagai simbol mata lebam, Lebam biru lebam merah.. kata dia Lakonan Hindustan..
Akhirnya rancangan Jahat Hj Hadi bagi memecahkan kebersamaan Rakyat dalam menumbangkan Regim Najib dan UMNO tidak dizinkan Allah.. Rupanya dendam Kesumat Haji Hadi ini masih menebal.. iri hatinya kepada Ds Anwar tidak pernah luntur.. Memang sifat Iblis, mereka akan terus menghasut.. mereka akan terus sebarkan kebencian.. pecah belah..
Wahai Haji Hadi..Berhentilah menghasut manusia..Apa pun, Kita Doakan sebelum berakhir usia Haji Hadi.. agar dia sempat bertaubat atas kerja kerja jahat dia selama ini memecahkan Ummat Islam....
Parti laki bini dapat habuan!
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, teks
Apa kes Melaka ni, KM punya org ni

K'jaan mahu hapus tol, ganti caj kesesakan di 4 lebuh raya

Kerajaan hari ini mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.
Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.
"Kadar tol dihapuskan sama sekali pada waktu “off-peak” antara jam 11 malam dan 5 pagi, di mana penggunaan lebuh raya adalah percuma.
"Pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa," kata kenyataan tersebut.
Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Kurangkan kos sara hidup
Menurut Pejabat Perdana Menteri, perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.
"Ini sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya," katanya.
Kenyataan itu menambah, hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.
"Lebihan kutipan akan disalurkan kepada satu dana pengangkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.
"Lain-lain perincian berkenaan cadangan ini akan di umumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai," jelasnya.
Malaysiakini.

1 comment:

  1. Kurangkan kos sara hidup rakyat dengan menurunkan tol sebanyak 50% bukannya dengan memberikan tol percuma untuk si burung hantu, sang kelawar dan kelkatu. Berapa peratus rakyat yang akan menyambut baik strategi tol percuma waktu 11pm sehingga 5am yang hanya manfaatnya hanya dapat kepada beberapa ratus orang sahaja? Buat kerja mesti pintar dan cerdik wahai pak menteri! Kalau begini, elok aje jawatan2 menteri ni diberikan kepada budak2 sekolah menengah yang belum lagi lulus peperiksaan. Rakyat mahukan kerajaan yang cerdik bukannya yang bodoh tapi sombong. BN dulu tumbang sebab kelaku bodoh sombong dan PH pun dok nak tiru gak? Bodoh sombong kuasa 2.

    Nick.
    cape Tiger.

    ReplyDelete