Dapat Duit...tukar Kereta Mercedes Benz.
Seperti wirid Najib Razak sekarang, ‘Malu apa bossku?’ Mengaku sahaja, supaya ahli dan pekerja parti benar-benar tahu dan faham. Katakan bahawa kalian makan duit UMNO seperti yang disurahkan panjang lebar oleh Clare Rewcastle dan Sarawak Report di portal dan juga kenyataan pembelaannya di mahkamah.
Segalanya sudah pun sudah berlalu. Saman fitnah pun sudah ditarik balik, dan laporan SR tetap kekal disiar tanpa sebarang pindaan.
Segeralah mengaku dan katakan dengan lidah yang fasih, “Ya, ana ambil duit UMNO. Ana buat semua ni demi Islam dan Melayu”. Senang.
Jangan malu-malu ya akhi. Enta tahu. Ana pun tahu. Sekarang biar semua orang tahu.
KENAPA LASKAR MAYA PRO KERAJAAN SEMAKIN KETINGGALAN BERBANDING PEMBANGKANG?
Nampaknya ketika ini bukan saja rating Tun Mahathir Mohamad dan sokongan rakyat kepada PH yang didapati sudah turun, bahkan pembelaan terhadap kerajaan di media sosial juga turut sama telah menurun.
Berbanding sebelum PRU14 dan ketika peringkat awal PH membentuk kerajaan di mana laskar maya pro PH dilihat begitu aktif dan menguasai media sosial, keadaannya kini tampak sudah jauh berubah.
Sekitar 80 peratus mereka yang sebelum ini pro PH dan aktif di media sosial didapati sudah mengurangkan keaktifan masing-masing dan hanya sekali memuatkan posting yang ringan atau santai saja.
Rata-ratanya didapati mula kecewa dengan prestasi kerajaan, karenah menteri dan pegawainya, janji kepada rakyat tidak ditunaikan serta pelbagai isu lain dalam PH yang tidak ditangani dengan baik.
Seiring dengannya yang menyebabkan rungutan rakyat semakin kedengaran di mana-mana, maka mengurangkan keaktifan sebagaimana mereka mempertahankan PH seperti sebelumnya tentu saja merupakan pilihan yang wajar dan munasabah.
Laskar maya pro kerajaan yang bergerak secara sukarela seolah-olah sudah letih dan tidak mahu lagi mempertahankan kerajaan berikutan prestasi yang ditunjukkan setakat lapan bulan memerintah negara ini begitu mengecewakan sekali.
Dalam beberapa whatsapp grup pula yang dahuluinya begitu aktif menyokong dan menyebarkan maklumat untuk mengukuhkan sokongan rakyat kepada PH, kini turut didapati seperti sudah hilang selera untuk berbuat demikian.
Ramai yang sekarang ini hanya menjadikan medium itu untuk berbual santai, usik-mengusik, malah sesekali menyebarkan serangan-serangan yang dilakukan oleh pembangkang pula terhadap kerajaan untuk dijadikan bahan perbincangan.
Dalam waktu yang sama, laskar maya pro pembangkang sebaliknya jelas semakin aktif dan agresif dengan serangan yang tidak putus-putus terhadap kerajaan dan menteri-menterinya.
Di ketuai oleh Najib Razak yang dikenali sebagai Raja Troll dan penggiat media sosial lainnya yang aktif dan agresif itu, mereka kini secara umumnya sedang menguasai pemikiran rakyat melalui posting-posting yang gagal ditangkis sama sekali oleh laskar maya pro kerajaan.
Kenapakah ini berlaku di sedangkan di PMO dan pejabat menteri-menteri sendiri difahamkan ada unit atau pasukan yang bertanggungjawab terhadap media sosial ini?
Apakah mereka terlalu sibuk dengan selfie sesama sendiri, mempromosi bos masing-masing atau masih terawang-awang dengan kedudukan serta jawatan yang baru dipegang dalam kerajaan?
Harus diakui bahawa salah satu yang menyumbang kepada kejayaan PH dalam PRU14 lalu ialah kerana peranan laskar-laskar maya ini yang bukan saja mampu melumpuhkan laskar maya pro UMNO dan BN, malah mereka juga tangkas menjawab sebarang perkara yang dilakukan oleh Najib.
Najib selaku Perdana Menteri ketika itu hampir menjadi tidak bernilai kerana semua perkataan atau ucapannya berjaya dipatahkan atau dijawab dengan pantas dan cepat.
Tetapi, apa jadi sekarang ini?
Mampukah PH ini mempertahankan kedudukannya sebagai kerajaan dalam pilihanraya umum akan datang jika baru lapan bulan ini pun penguasaan di media sosial sudah hampir terkulai?
Apakah PH dan mereka yang berada di puncak kuasa Putrajaya sekarang menyedari hakikat ini atau mereka juga sama seperti perangai pemimpin era BN dahulu yang tidak berapa peduli dalam soal ini kerana kononnya sudah ada media arus perdana? (ShahbudinHusin 03/02/2019)
No comments:
Post a Comment