Menteri 'sial'
Alkisah cubaan lebai nak selamatkan tengkuk masing masing. Persoalannya, selamat ke?
Selamat dari walaunbodo hampir pasti sebab laku lagi nak jual agama kepada puak bangang tu, tapi nak selamat dari SPRM? Jangan mimpi lah....
Kah kah kah kah!
Tajuddin minta maaf melenting di mahkamah
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman meminta maaf di mahkamah kerana sikapnya ketika hadir kes perbicaraan saman terhadap Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad hari ini.
Kes saman itu turut melibatkan dua yang lain iaitu KiniTV Sdn Bhd dan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) yang masing-masing diwakili K Shanmuga dan Rueben Mathiavaranam.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Aliza Sulaiman sebelum itu mengingatkan Tajuddin agar merujuk kepada peguam dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
"Saya meminta maaf kepada mahkamah kerana ini kali pertama saya di mahkamah. Saya tidak biasa dengannya (proses mahkamah)," katanya.
Prosiding hari ini adalah bagi perbicaraan penuh kes saman berhubung dakwaan Tajuddin bahawa Khalid memanggilnya dengan istilah "sial" pada dua sidang media di lobi Parlimen pada 21 dan 24 November 2016.
Istilah sial berkenaan diucapkan Khalid dalam Dewan Rakyat selepas Tajuddin secara berseloroh menyebut hanya Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) satu-satunya ahli parlimen wanita yang mempunyai 'Kok'.
Khalid turut mendakwa Tajuddin turut menghina anggota parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto.
Susulan itu, Tajuddin mencabar Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam supaya mengulangi perkataan "sial" di luar Dewan Rakyat kepadanya.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment