Dilukis supaya senang faham..
Individu mengaku saksi rakaman 'audio Nik Abduh' lapor polis
Individu mengaku sebagai saksi dalam rakaman audio yang didakwa melibatkan pemimpin PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil membuat laporan polis hari ini.
Pemilik Facebook Dr Muhammad Atiullah Othman berkata, laporan itu berhubung individu dalam rakaman berkenaan yang mengaku menerima wang daripada Umno di hadapan 40 saksi.
Katanya, beliau membuat laporan polis dengan harapan perkara itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya buat laporan ini kerana sedih dengan perbalahan yang teruk berlaku di media sosial antara mereka yang percaya, dan yang tak percaya tuduhan itu.
"Ini menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di sini. Ini boleh menggugat keamanan dan kesejahteraan, khususnya masyarakat muslim.
"Tuduhan itu melibatkan jenayah rasuah, yang wajib disiasat oleh SPRM. Jika tuduhan itu tidak benar, nama baik Nik Abduh dan pemimpin PAS lain yang disebut boleh dibersihkan," katanya dalam satu tulisan di Facebook.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Taman Melawati kira-kira jam 6.10 petang semalam.
Semalam Malaysiakini melaporkan isu 'audio Nik Abduh' muncul semula selepas Presiden PAS Abdul Hadi Awang menarik balik saman terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brow dengan penyelesaian kes di luar mahkamah.
Ia susulan pengakuan Muhammad Atiullah yang mendakwa "menjadi saksi" ketika Nik Abduh membuat "pengakuan menerima suapan" tersebut.
Dalam kenyataannya bertajuk "Lebih 40 saksi hidup terhadap pengakuan YB Nik Mohamad Abduh menerima duit Umno", Muhammad Atiullah menyifatkan kejadian itu sebagai "peristiwa hitam".
Pada 27 Feb tahun lalu, Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menggesa pemimpin PAS tampil mengesahkan kesahihan rakaman audio yang didakwa sebagai 'bukti' penyaluran wang oleh Umno kepada parti itu.
Susulan itu, Nik Abduh tampil membuat penafian terhadap dakwaan bahawa suara dalam rakaman audio itu miliknya.
Pimpinan PAS pusat turut digesa agar dakwaan berhubung rakaman audio itu disiasat, namun sebaliknya menegaskan penafian Nik Abduh sudah cukup.
Bagaimanapun, ketika perbicaraan kes saman fitnah itu masih berjalan, peguam Abdul Hadi tidak mencabar kesahihan rakaman audio itu.
Mengulas perkara itu pada Jun 2018, Sarawak Report menyatakan bahawa peguam Abdul Hadi berkata Nik Abduh dan pemimpin PAS lain yang didakwa hadir ketika rakaman audio itu dibuat, merupakan antara individu yang akan dipanggil sebagai saksi perbicaraan.
'Penyokong PAS cabar buat laporan'
Sementara itu, Muhammad Atiullah berkata, jika tuduhan itu benar, Nik Abduh serta pemimpin-pemimpin PAS yang dinamakan bukan saja melakukan jenayah rasuah, malah memperkudakan agama Islam untuk kepentingan politik dan peribadi, sehingga sanggup "memakan rasuah dan menipu".
"Ramai penyokong PAS mencabar mereka yang percaya tuduhan itu supaya membuat laporan PDRM dan SPRM.
"Saya harap ramai lagi saudara-saudara akan membuat laporan, supaya siasatan dan tindakan akan dibuat dengan cepat.
"Dan saya harap kita jangan berbalah lagi atas isu ini. Biar pihak PDRM dan SPRM buat kerja mereka dan kita tunggu saja hasil siasatan mereka," jelasnya
Sementara itu, cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan reaksi pimpinan PAS yang disebut namanya dalam isu tersebut masih belum berhasil apabila tiada sebarang respon diberikan ketika dihubungi.
Malaysiakini.
Cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan reaksi mereka yang disebut namanya dalam isu tersebut masih belum berhasil apabila tiada sebarang respon diberikan ketika dihubungi adalah kerana kesipuan.
ReplyDelete