PRK SEMENYIH PAS Tidak Akan Sokong UMNO
TS
Nantikan jawapan Pak Lebai kpd pendedahan Atok...
Ekoran perjumpaan Abdul Hadi dengan Dr Mahathir semalam, menyebabkan timbul berbagai spekulasi. Saya memberi bayangan ia akan terjawab apakah maksud dan tujuan perjumpaan itu akan diketahui selepas proses penamaan calon di Semenyih hari ini.Ternyata sudah ada jawaban kepada perjumpaan itu. Abdul Hadi sekali lagi tidak berani bercakap benar dan mendedahkan apakah mauduk di sebalik perjumpaan itu.
Dr Mahathir seperti biasa hari ini, kurang enam jam selepas proses penamaan calon mendedahkan antara tujuan kedatangan Abdul Hadi bersama MB Terengganu dan Setiausaha Agung Takiyuddin, adalah untuk menyatakan Pas menyokong PH di Semenyih.
Dedah Dr Mahathir, persetujuan itu ada nota bertulis dan ditanda tangani oleh Abdul Hadi.
Sebenarnya kalau pemimpin Umno itu reti politik, Pengerusi PH itu bukan menjawab bagi pihak Pas, tetapi beliau menjelaskan apa yang patut dijelaskan. Apa-apa persetujuan beliau dengan Hadi, adalah haknya. Dr Mahathir bukan pakai kutip di tepi jalan dan menyatakan ia sebagai satu persetujuan.
Sekarang ini pertemuan kelmarin yang diseronoki Hadi, nampaknya tidak sempat sampai ke rumah ia dah terburai tengah jalan apabila DrMahathir mendedahkan antara tujuan perjumpaan itu.
Apapun kita tunggu apakah Hadi akan sekali lagi menggunakan terminalogi hukum dipakai Abduh, yakni berbohong syarie. Hadi akan menafikan apa yang didedahkan Dr Mahathir itu. - MSO
Tumpang sekole.
No comments:
Post a Comment