Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan airmata tatkala membaca surat petani, Ibas Hamud dari Sungai Besar, Selangor, pada Majlis Pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani di Maeps, Serdang.
Moh kita tengok sekali lagi komer!
Menteri sebak dah teroyak weiii..
Salahuddin menangis baca luahan petani dan nelayan.
SPRM tahan setiausaha timbalan KSU Perbendaharaan
SPRM telah menahan seorang setiausaha yang berkhidmat dengan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atas dakwaan meminta dan menerima rasuah sebanyak RM1.5 juta.
Sumber SPRM memberitahu Malaysiakini, bahawa pegawai berusia 39 tahun itu ditahan pada jam 6.50 petang semalam selepas datang ke pejabat Putrajaya SPRM untuk memberi kenyataan.
Sumber itu mengesahkan bahawa setiausaha bekerja di pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Majistret Ahmad Afiq Hasan pagi tadi mengeluarkan perintah reman terhadap wanita itu sehingga 19 Feb ini selepas membenarkan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Menurut sumber, wanita itu dipercayai meminta suapan sebanyak RM1.5 juta daripada wakil sebuah syarikat hartanah sebagai dorongan untuk meminta persetujuan ketuanya (timbalan ketua setiausaha perbendaharaan) bagi meluluskan tender penjualan hartanah milik kerajaan di Hong Kong.
Setiausaha yang didakwa melakukan kesalahan berkenaan pada akhir tahun lalu, sedang disiasat menurut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment