Pakatan Harapan Supporters
SPRM pun belum habis intai kes 90juta...dan kini SB pula tengah intai kes Cia...
Kerana pulut santan binasa...
Kerana mulut hang jawab ler..
CIA itu bukan biasa2
Hang berbual hang kata hang kawan dia...
Kerana mulut hang jawab ler..
CIA itu bukan biasa2
Hang berbual hang kata hang kawan dia...
Hahahahaha
MALAYSIADATELINE
Polis Cawangan Khas menyiasat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung dakwaan beliau ada hubungan akrab dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, kata sumber polis.
Ahli jawatankuasa pusat Pas itu membuat dakwaan tersebut dalam rakaman audio mengenai pengakuannya, parti Islam itu menerima dana dari Umno.
Kenyataan beliau berbunyi: “Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana.”
Sumber yang dilaporkan The Malaysian Insight hari ini itu, dipetik, berkata, beberapa laporan polis yang dibuat pelbagai parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) sudah dirujuk ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai kaitan dengan dana RM90 juta yang didakwa pemberian Umno kepada PAS.
“Namun, Cawangan Khas sedang meneliti dan memantau rakaman audio pemimpin Pas itu kerana kaitan dengan CIA tidak boleh dipandang remeh.
“CIA sama fungsi dengan Cawangan Khas di negara kita. Jadi perlu siasat apa tujuan dan kaitan pemimpin itu dengan agensi risikan itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara tidak terjejas,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/cawangan-khas-siasat-nik-abduh-ada-hubungan-akrab-dengan-cia/
Berita penuh https://malaysiadateline.com/cawangan-khas-siasat-nik-abduh-ada-hubungan-akrab-dengan-cia/
No comments:
Post a Comment