2016 lagi mamat ni dah kutuk Syed Saddiq
Dari tahun 2016 mamat ni dah kutuk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman..
La ni mintak ehsan YB utk support business dia..
Bila permintaan utk carry business dia x kesampaian dia duk maki kan Menteri KBS..
Khalid Samad jelaskan 'pusingan U' terhadap AES
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad menjelaskan mengapa pemimpin Pakatan Harapan seperti dirinya membuat "pusingan U" mengenai pelaksanaan Sistem Penguatkuasa Automatik (AES).
Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, sewaktu pentadbiran BN, hasil kutipan saman AES itu diberikan kepada syarikat swasta dan bukannya disalurkan kepada kerajaan, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
"Bila dikatakan diswastakan, maksudnya kutipan saman itu pergi kepada syarikat swasta. Saman yang dikutip itu bayarannya tidak pergi kepada kerajaan, polis dan JPJ.
"Sekarang ini, bawah PH, kita dah ubah perkara itu.
"Saman ini tak lagi pergi kepada syarikat swasta, semua saman yang dikutip akan pergi kepada pihak JPJ dan kerajaan," katanya seperti dilapor FMT, ketika sesi debat malam tadi.
Untuk rekod, AES yang dibantah pemimpin PH ketika menjadi pembangkang dikendalikan oleh syarikat persendirian.
Selepas mengambil alih kerajaan, PH tidak menyambung kontrak dua konsesi pengendali AES berkenaan yang tamat pada 31 Ogos tahun lalu.
Sebaliknya, sistem berkenaan diambil alih oleh JPJ yang berkuatkuasa 1 September tahun lalu.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment