Pages

Thursday, 21 March 2019

[Video SPEAKER TAK PERLU APOLOGETIK JIKA PARLIMEN KECOH] Menteri Jaga Orang UMNO! Checkmate Saddiq membisu, 'tertelan biji nangka', seolah-olah dia langsung tidak kenal Jufazli? DAP sokong penuh usul kecam pembunuhan kejam orang Islam di Christchurch, NZ.

Jumaat, 22 Mac 2019
Jom Channel
Kini Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof yang baik hati berkata rakan sejawatannya dari Singapura Tan Chuan-Jin berada pada ‘waktu dan ketika yang tidak kena’ apabila menyaksikan kekecohan di Dewan Rakyat kelmarin. "Saya beri jaminan kepada anda dan delegasi anda, bahawa ia bukan berlaku setiap hari. Seperti apa yang sering disebut, anda berada “at the wrong place, at the wrong time” semasa di parlimen Malaysia hari ini. Namun ia menunjukkan kepada anda rencam suasana yang boleh terjadi, yang boleh memberikan masalah kepada speaker” katanya, seperti dipetik Bernama
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri
Siri 1: Menteri Jaga Orang UMNO
Sayap Armada Bersatu sedang bergolak sesama sendiri kerana Penasihat YB Menteri Belia dan Sukan (Radzi Tajuddin yang juga merupakan CEO Hartabumi) menghina pejuang pejuang awal melalui #CyberKakiProjek.
Mereka semua ini adalah mata2 BN yang berjaya join PH melalui YB Saddiq. Mereka semua ni dulu orang kuat TS Shahrir Samad, Ceo Felda dan juga mendapat projek-projek ehsan daripada FELDA. Lihat gambar gambar ini.
Pemilihan nanti korg tendang jer Saddiq..
Kami Viral
Hari ini aku banyak masa, aku tengok ramai juga yang komen mengenai penahanan Jufazli..
Biar la aku cerita kisah dongeng sikit pasal Jufazli ini pemuda yang mahu cepat naik dan sekadar nak cari makan dalam politik.
Dulu kononnya mahu lawan rejim UMNO serta Musa Aman lalu bertindak menyertai parti DAP pada 6 Jun 2017.
Selepas sertai dan menjadi ahli parti DAP, dia dilantik sebagai Setiausaha Politik, penasihat DAP Sabah, Datuk Jimmy Wong.
Ketika PRU14, berang tidak dinamakan sebagai calon DAP, dia bertanding sebagai calon bebas melawan DAP di kerusi DUN Tanjung Papat.
Selepas kalah lawan DAP di Tanjung Papat, dia tiada kerja tetapi kerana PH telah menguasai Kerajaan Pusat.
Jufazli tunjuk dirinya sokong Tun Dr. Mahathir, siang dan malam dia buat fitnah dan serangan ke atas DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.
Tetapi tindakan itu tidak berjaya menarik minat seorang pun pemimpin Bersatu semenanjung untuk mengambil dia bekerja.
Lalu dia bertindak menyerang Tun Dr. Mahathir dengan memberi sokongan terbuka kepada DS Anwar Ibrahim.
Harapan dia, menyerang Tun Dr. Mahathir pasti menarik minat DS Anwar Ibrahim. Peluang dia diambil bekerja dalam team DS Anwar Ibrahim akan lebih terbuka.
Namun malang nasib Jufazli, kerja tidak dapat tetapi bakal mendapat beberapa pertuduhan.
Jufazli ditahan dan dibawa ke mahkamah dan mendapatkan perintah tahanan reman.
Namun kenalan Jufazli di dalam parti PH tidak mengaku Jufazli kawan mereka. Kalau dahulu Syed Saddiq mengutuk PDRM kerana tahan Jufazli.
Sekarang Syed Saddiq membisu, tertelan biji nangka, seolah-olah dia langsung tidak kenal Jufazli.
Manakala DAP Sabah pula menafikan Jufazli pernah menjadi ahli DAP. Sedih sungguh kisah Jufazli.
Semasa di dalam lokap, pasti toleh ke kiri nampak kawan sedang berak, toleh ke kanan kawan sedang mandi telanjang.
Toleh ke atas hanya nampak siling, toleh depan nampak kawan sedap gulung 'habuk'.
PH tidak bertanya khabar, smartphone dan Wifi pula tiada, apatah lagi mahu live FB. Tergamak PH dan DAP, habis madu Jufazli mereka sedut kemudian ditinggalkan terkapai.
Kesimpulan, pagi petang siang malam buat live maki semua pihak semata-mata untuk menarik perhatian PH semenanjung supaya mengambil dia bekerja.
Selepas dia buat live Polis serbu rumah konon dia tidak takut ditangkap. Akhir sekali tahu pula meraung dan menangis supaya Polis tidak menahannya.
Dulu mungkin hebat kerana rakan dalam politik, sekarang Jufazli tiada apa-apa. Kisah Jufazli wajar dijadikan pengajaran.
Kalau diri tidak mampu berjuang bersendirian usahlah kita mencabar mana-mana pihak.
Kalau berani membuat cabaran jangan tiba-tiba meraung seperti pondan.
Checkmate!
Checkmate!
Checkmate
Related image

DAP sokong penuh usul kecam pembunuhan kejam orang Islam di Christchurch, NZ

Bagi pihak DAP, saya berhasrat untuk menyatakan sokongan penuh terhadap usul daripada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengecam serangan kepada dua masjid di Christchurch yang telah mengorbankan nyawa seramai 50 orang Muslim.
Serangan dan pembunuhan ini adalah merupakan satu titik hitam kepada kemanusiaan kerana tidak ada satu pun tempat untuk keganasan dalam mana-mana agama mahupun negara.
Kita juga patut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemimpin komuniti Muslim di New Zealand yang telah membalas kekejaman ini dengan menyampaikan mesej kasih sayang, belas kasihan, dan penghargaan terhadap segala bantuan yang telah dihulurkan.
Kami disini mendoakan kesejahteraan, keselamatan, dan pemulihan kepada semua yang terkesan, terutamanya rakyat Malaysia yang terkesan daripada jenayah kejam ini.
Rakyat Malaysia haruslah mengambil serius perkara pembunuhan beramai-ramai Christchurch ini, dan lebih sensitif terhadap kepelbagaian agama dan budaya yang kian hari menjadi satu ciri antarabangsa di pelbagai negara.
Media sosial membawa satu cabaran baru kepada rakyat Malaysia, di mana perkara yang hendak dikatakan tidaklah lagi bersifat peribadi, tetapi boleh tersebar dengan amatlah pantas kepada orang ramai.
Rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, mahupun Orang Asli haruslah mempunyai sikap skeptikal dan sinis terhadap berita-berita yang diterima melalui media sosial, sama ada melalui Facebook, Twitter, Instagram, mahupun Whatsapp yang tidak dapat dipastikan kebenarannya. Kita haruslah bertanya diri sendiri, “Adakah berita ini benar?” dan memeriksa kesahihannya sebelum menyebarkan berita ini kepada orang lain.
Jika rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, mahupun Orang Asli boleh bersikap skeptikal dan mempersoalkan setiap berita yang diterima, kita tidak akan mudah terpedaya dan menjadi mangsa kepada politik toksik yang penuh dengan pembohongan, kebencian dan ketakutan dari mana-mana sekalipun.
*Ucapan oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Dewan Rakyat pada hari Isnin 18 Mac 2019

No comments:

Post a Comment