MALAYSIA'S GOT NO SHAME - "Chain of Fools" Parody
Otai BERSIH
PAS DAH JADI KUDA TUNGGANGAN UMNO??
Pas pun keluar dewan tadi mengikut Umno rakan taawun keluar dewan kerana kes Noh Omar yang dihalau akibat menghina Majlis Mesyuarat. Dulu kata tak professional semasa PH jadi pembangkang. Kini ibarat meludah ke langit terkena muka sendiri.
Bossku Najib disindir video komedi
Beberapa bulan ini, bekas perdana menteri Najib Razak telah menjadi sensasi media sosial dan menarik kehadiran ramai orang di majlis-majlisnya.
Pemangkinnya dikatakan kempen "Malu apa bosku" yang menukar wajah dan penampilan Najib daripada seorang ahli politik bangsawan dan elit menjadi seorang pemimpin yang semudahnya dapat ditegur sapa di jalanan.
Ini diungkapkan pada lakaran karikatur Najib memakai baju hoodie dan seluar jeans di atas motosikal.
Fenomena "Malu apa bosku" mendorong seorang pelawak tempatan membuat sebuah muzik video bagi menyindir kempen berkenaan.
Bercakap kepada Malaysiakini tengahari tadi, Allan Pereira berkata dia mendapati kempen "Malu apa bosku" menjadi seakan "histeria" lantas dia mendapat idea jenaka tentangnya.
"Ia hanya sindiran... untuk melihat pada suatu-suatu perkara dengan jenaka.
"Kami perlukan lawak jenaka untuk menyeimbangkan kemarahan. Jadi kami fikir ia kelakar tapi dalam masa yang sama juga menduga fikiran," katanya lagi.
Pereira berkata video berjudul “Malaysia Got No Shame Shame Shame” (Malaysia tidak tahu malu) dirakam pada Jumaat lalu.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment