Revolusi Anak Muda Malaysia
BERHENTI JADI KHAWARIJ
PAS dan UMNO sedang melakonkan watak pejuang Agama.. Konon2nya Kerajaan PH tindak melakukan apa apa.. hanya mereka lah juara Ummat Islam.. walhal sudah ada 5 Tangkapan, 2 Pendakwaan.. apa yang mereka tak puas hati ? sebenarnya mereka hanya Mempolitik kan agama..
Bayangkan bekas Timbalan Menteri agama yg ghairah main sentimen perkauman agama Lupa, Masa depa berkuasa depa Buat Apa ? Masa tu Menteri Agama Jamil Khir suruh Bertenang, apakah Menteri agama UMNO masa tu menyokong orang yang Menghina Nabi ?
Masih ingat kisah Alvin Tan ? Dimana Alvin yang sering dan berulang kali Hina Islam itu sekarang ? Kerajaan UMNO dah dakwa.. Dah ditangkap ? Alvin terus menerus menghina Islam berulang kali buat Video..Status Menghina Islam.. dia pernah kata Selamat Buka Puasa dengan Bah ku teh.. Persenda azan.. dan meletakkan tatu kalimah Allah di kakinya..masa tu UMNO dan PAS da buat Demo ? mana Pejuang Nabi masa tu ? Apakah Nabi Muhammad zaman UMNO dulu berbeza Nabi Muhammad sekarang ?
27 Mei 2016 Alvin hanya dihukum penjara 5 Bulan.. dan mungkin ramai yang lupa, sebelum PRU14..pada 10 April 2018.. Mahkamah telah mebebaskan Alvin dan teman wanitanya dari hukuman Penjara.. Mereka menghina Islam ini hanya didenda RM 5 ribu.
Mana suara Menteri Agama ,PAS dan UMNO masa tu.. apa lagi suara ISMA dan para Mufti sekalian.. Berhenti jadi Khawarij.
- ipohmali
Revolusi Anak Muda Malaysia
Apa khabar rakyat Kelantan?
Puluhan tahun didikriminasi oleh Umno, puluhan tahun rakyat Kelantan diajar dan ditanam bahawa Umno adalah parti sekular/kapir yang wajib dilawan.
Walaupun PH sudah wujud semasa PRU14, musuh utama Pas Kelantan ketika itu bukanlah PH. Setiap malam berceramah dan berkempen kepada rakyat bahawa Umno parti yang jahat. Wajib untuk pertahankan kerajaan islam dari dirampas oleh parti penyamun Umno.
Segala penafian dikeluarkan kononnya Pas tidak akan bersama Umno sehingga rakyat Kelantan memberi undi yang banyak kepada puak lebai ni.
Hari ini segala tuduhan pihak Amanah bahawa Pas merupakan barua Umno semakin jelas. Segala dosa dan derita rakyat Kelantan, dibangkul sampahkan oleh para lebai.
Yang merana dan menanggung permusuhan Pas dan Umno adalah rakyat Kelantan. Puak lebai tidak sedikit pun rugi, malah makin kaya raya adalah.
Atas nama islam dan melayu, sekali lagi puak lebai cuba mengolah persetujuan rakyat Kelantan untuk
menghalalkan hubungan durjana mereka. Demi kuasa dan demi dedak yang telah diambil dari Umno, puak ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan tengkuk masing masing.
menghalalkan hubungan durjana mereka. Demi kuasa dan demi dedak yang telah diambil dari Umno, puak ini akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan tengkuk masing masing.
Rakyat Kelantan tidak bodoh dalam menilai!
No comments:
Post a Comment