Dun Selangor
PH- 50
BN- 5
PAS-1
TOTAL DUN 56
X dapat apa pun kan menang kat Semenyih....
PH- 50
BN- 5
PAS-1
TOTAL DUN 56
X dapat apa pun kan menang kat Semenyih....
SIAPA MP BEKAS UMNO YANG MELOMPAT SERTAI BERSATU TUNJUK MUKA DI SEMENYIH?
Ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya beberapa bekas MP Umno yang telah menyertai Bersatu sewaktu kempen PRK di Semenyih baru-baru ini??
Sewajarnya mereka adalah orang yang paling ke hadapan dan bertungkus lumus membantu calon Bersatu yang mewakili PH di situ sebagai tanda terima kasih kepada Bersatu yang menerima mereka dan juga sebagai tanda keikhlasan mereka menyertai Bersatu. Mereka mempunyai peranan besar di situ kerana mereka boleh dedahkan mengapa mereka memilih Bersatu dan tinggalkan Umno. Mereka tahu kebobrokan Umno, mengapa mereka tidak turun berkempen?
Di sini tidak pelik kalau ada yang masih meragui keikhlasan mereka menyertai Bersatu. Tidakkah mereka rasa malu dan bersalah apabila melihat Presiden mereka, Muhyiddin Yasin turun? Tidak segankah mereka apabila melihat Tun M yang menerima mereka masuk Bersatu, Tun sendiri turun berkempen? Tidak rasa malukah mereka apabila melihat Presiden Keadilan Anwar Ibrahim pun dua kali turun ke Semenyih? Di mana mereka?
Tidak patut mereka berlepas tangan dengan komitmen parti apabila berdepan dengan pilihanraya. Mereka ibarat tentera yang baru berdaftar dengan Bersatu, tetapi apabila tiba saat bertempur mereka melarikan diri dari medan pertempuran.
Saya bukan mahu menyalahkan mereka atas kekalahan PH di Semenyih. Kalau mereka turun berkempen sekalipun kita tetap akan kalah, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh tabik melihat mereka juga turut bertempur di medan. Jangan sertai Bersatu kerana ada sesuatu kepentingan diri bukan kerana ingin perkuatkan parti.
No comments:
Post a Comment