KiniTV
Pelantikan Tun Daim Zainuddin yang mengetuai rundingan semula projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan China, harus disokong kerana beliau adalah individu terbaik untuk tugas tersebut, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kata Lim, Daim bebas daripada protokol antara kerajaan dan dapat membincangkan topik itu secara meluas.
Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad (foto atas) dalam rangka lawatan rasmi 3 hari di Pakistan, Tun diringi untuk istiadat tabik hormat memeriksa barisan kawalan kehormat melibatkan sayap Darat, Laut dan Udara Pakistan...Sewajarnya PAS (foto bawah) juga menubuhkan Unit Darat, Udara dan Laut bagi Jabatan Amal...
Ini pun nak dibuat perhitungan ke aduyaiii..!
Sedangkan ini menunjukkan solidariti kepada mangsa pembunuhan di Cristchurch New Zewland dan bukan himpunan berbaur politik.
Nampaknya negara luar lebih perihatin kematian mangsa pembunuhan berbanding penganut Parti Politik di Malaysia.
Ye la.. . korang kan juara berhimpun selama berpuluh tahun. Tu berpuluh tahun x penah pegang kerajaan. Kalah manjang...
SPRM mungkin panggil Abdul Hadi beri keterangan kes dana RM90 juta
Azam (kiri) ditemui selepas majlis Pelancaran Tayangan Perdana Video Pendek (PSA) Anti Rasuah hari ini.
KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membantu siasatan dana RM90 juta didakwa diterima parti itu dan pembayaran cek RM1.4 juta kepada pengasas dan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan berhubung kes itu tidak pernah ditutup sebaliknya beberapa individu lagi dijangka bakal dipanggil bagi melengkapkan siasatan pada masa terdekat.
"Lebih kurang 25 saksi telah dipanggil dan kita masih menjalankan siasatan (kes) ini. Saya tidak tolak kemungkinan untuk memanggil Presiden Pas (Abdul Hadi) untuk memberi keterangan," katanya selepas melancarkan tayangan video pendek Anti Rasuah di panggung wayang, Lotus Five Star Cinema di sini hari ini.
Sebelum ini, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Dr. Rameli Musa telah hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Rewcastle-Brown pula pada akhir bulan lalu membuat pengakuan telah menerima pembayaran RM1.4 juta dibuat Abdul Hadi selain memuat naik beberapa gambar salinan dokumen berkaitan, termasuk perjanjian rahsia serta sekeping cek Bank Islam menerusi blog, Sarawak Report. - K! ONLINE
Jom seluruh manusia d bumi ni utk solat hajat utk si hadi kaki spin tu. Harap2 nanti ha ha hadi x menipu syarii d sprm.
ReplyDelete